Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

30 Dec 2011

Udang Masak Tempoyak Goreng





Pagi pagi lagi saya sudah google membelek resepi resepi untuk dimasak hari ini. Dah banyak hari saya berada di rumah kerana menghabiskan cuti tahunan. Saya belum betul betul mula aktiviti memasak kerana sejak kebelakangan ini, saya agak kurang sihat.

Saya mencari resepi berkaitan tempoyak sementara tempoyak masih baru dan sedap dimasak sebagai lauk pauk. Hubby memang gemar makan ulam ulam cicah tempoyak, maklum orang Perak. Sementara dia ke pejabat, saya mula mengeluarkan apa apa yang patut dari peti sejuk. Lepas sahaja membuat kuih cara manis sebagai sarapan pagi, saya mula memasak bahan bahan yang sudah disediakan.

Bila hubby dan anak anak balik dari solat jumaat, kami terus makan tengahari.  Saya makan bertambah tambah kerana sedapnya tempoyak goreng udang ini.  Tak caya?  hahaha apa kata cuba masak sendiri, pasti menjilat jari terutama mereka yang menggemari tempoyak.  Jom layan resepinya di bawah ... 

Udang Masak Tempoyak Goreng

Bahan-bahan

Udang yg dibuang kulitnya 
6 sudu besar tempoyak
1 labu bwg besar - di potong ikut suka
2 ulas bwg merah - hiris
1 ulas bwg putih - hiris
2 tangkai cili merah - hiris
10 tangkai cili padi-hiris
Garam dan gula
Minyak masak utk menumis

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis bahan bahan yg dihiris dan dipotong sehingga naik bau atau sedikit kekuningan.

Masukkan udang dan kacau sebentar sehingga sebati dgn bahan tumis.-jangan masak terlalu lama,nanti udang keras pula.

Akhir sekali, masukkan tempoyak dan kacau goreng sehingga sekata serta tempoyak berubah warna. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Tutup api dan sedia dihidangkan

bahan bahan diguna untuk resepi ini

tumis bahan bahan hiris

masukkan udang yang dibuang kulit

setelah udang separuh masak, masukkan tempoyak

masukkan sedikit air, garam dan gula


enjoy

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.