Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

13 Dec 2011

Puding Cendol






Puding cendol adalah antara puding kegemaran saya yang tidak pernah saya cuba membuatnya sendiri. Setiap kali ada jamuan, saya pasti mengambilnya beberapa keping jika ianya dihidangkan sebagai kuih pencuci mulut. Memang saya suka makan puding yang lembut lembut, apalagi jika ianya dimakan sejuk sebaik keluar dari peti ais. Memang nyaman...

 
 
 
 
Semasa ke Giant malam tadi, saya tiba tiba sahaja mengambil 1 pek plastik cendol yang terletak dalam peti berhawa dingin. Sebelumnya saya tak pernah lagi membeli cendol kecuali di Kelantan di mana saya makan cendol bersama air sirap sahaja. Petang tadi saya mencari resepi yang ingin dicuba bagi membuat puding cendol. Memang sedap puding ini, malahan kawan kawan pejabat pun memuji apabila saya membawanya untuk hidangan semasa mesyuarat jabatan.
 
Jom kita layan gambar gambar dan resepi yang saya gunakan...
 
 
 
 


Puding Cendol
Oleh: Azie Kitchen

Bagi Lapisan Bawah
500 ml air
300 ml santan pekat
160 gm gula pasir
10 gm agar - agar powder
500 gm cendol
Sedikit garam

Bagi Lapisan Atas
500 ml air
200 ml santan pekat
180 gm gula merah
10 gm agar-agar serbuk
1 biji kuning telur
Sedikit garam

Cara-cara:

Bagi Lapisan Bawah

1.Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
2.Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
3.Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan.  Basahkan acuan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

Bagi Lapisan Atas
1.Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml tadi) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
2.Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
3.Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.

Nota:
Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.

Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan

tuang cendol ke dalam bancuhan santan, gula dan agar agar yg mendidih

kacau sebentar

sejukkan dalam dulang dan kemudian dilorek dg garpu

Masak gula melaka dan air. Kemudian tapis

masukkan santan, telur dan garam

Tuang atas lapisan bawah perlahan lahan

Hidangkan sejuk sejuk

enjoy

3 comments:

  1. nak try buat.....macm best je

    ReplyDelete
  2. dlm bahan lapisan atas x d nyatakan santan, tp dlm caranya..ada di tnjukkan santan..brp sukatan santan utk lapisan atas tu? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna 200ml santan pekat. Santan kotak pun boleh. Nnt saya update blog

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.