Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

12 Dec 2011

Oglio Olio Seafood Spagheti





Malam tadi kami juga memasak Oglio Olio Spagheti menggunakan udang harimau lebihan masak lemak cili padi. Bila menggunakan udang yang segar, masakan juga menjadi manis dan sedap sekali. Tapi banyak bahan bahan lain yang tak ada. Kiranya kami memasak menggunakan apa saja bahan yang ada. Mixed herbs yang menjadi kemestian juga sudah kehabisan, chicken stock pun habis. Tapi apa apa pun spaghethi kami malam tadi sedap dan habis licin walaupun sudah makan nasi dengan bertambah tambah.

Tapi yang sebenarnya kalau ikut apa yang saya baca, bahan utama untuk membuat spagheti ini ialah olive oil dan bawang putih sahaja, selain pasta. Masakan ringkas yang sedap jika diletakkan sekali seafood segar dan juga daun parsley. Malam tadi saya hanya menggunakan dried parsley sahaja.  

Jom kita tengok gambar gambarnya. Resepinya boleh dilihat di entri sebelum ini ya ...


tumis bawang putih & cili kering
  
masukkan seafood dan mixed herbs

 
masukkan spagheti

 
kacau rata

 
enjoy


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.