Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Butter Cake lagi



Butter Cake


Haa sekarang saya nak kongsikan butter cake yang saya masak petang semalam. Hajat hati nak membawa ke pejabat untuk di share dengan kawan kawan. 

Saya melihat bahan bahan cukup untuk membuat butter cake, saya pun terus memulakan tugasan dan sekejap sahaja sudah siap penyediaannya.  

Terima kasih kepada mixer Kitchen Aid yang sangat membantu dalam membuat kuih muih dan biskut.



Butter Cake


Selepas siap, saya mula setkan oven kepada suhu dan masa yang diperlukan.  Saya pun on kan sekali alarm clock dan terus ke tepi kolam mengintai anak anak ikan koi yang saya beli dari Gua Muasang. Entah di mana silapnya, ikan yang dibeli tu sebesar ikan bilis jer saiznya. Aduhai asyik terkena jer ... sabar berbanyak.

Bila saya masuk ke dapur untuk mengintai kek, terkejut melihat permukaan kek yang merekah dan sudah pun keperangan. Saya cepat cepat mengambil cake tester, aiikk kek belum masak, kenapa jadi gitu. laaa bila terlihat temperature di oven, baru lah saya tahu punca nya. Ini mesti kes ada orang yang telah terlanggar hingga temperaturenya berubah menjadi 220 degree. aiyoo hancuish saya punya kek.



Butter Cake


Apa apa pun ianya masih sedap dan masih boleh dikatakan my best ever recipe for butter cake selain bahannya yang simple, rasanya sangat sedap. Lebih lebih lagi menggunakan butter asli yang mahal harganya. OK kalau ada yang tertinggal, resepi nya boleh dirujuk pada entri sebelum ini ya. Klik di sini.  Jom kita lihat gambar gambarnya.



Butter Cake



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Butter Cake lagi"