Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

17 Dec 2011

Baked Meatball Spaghetti Pie





Saya tiba tiba teringin nak memasak baked meatball spaghetti pie selepas terpandang dalam blog kkida gambar yang cantik dan membuat saya sangat teruja.  Cara membuatnya sangat mudah dan dah banyak kali saya buat, iaitu spagheti blognese, cuma kali ini dibakar di dalam oven.

Cara memasak sos spagheti boleh rujuk di entri spagheti bolognese dengan klik di sini.

Jom layan gambar dan resepi di bawah ...

Baked Meatball Spaghetti Pie
Meat ball
1 botol sos spagheti
1 tin tomato puree
1 tin tomato cincang
Bawang besar cincang kecil
Mushroom potong kecil
Zucchini potong kecil
Bawang putih
Cili kisar (jika suka pedas)

Meatball boleh  guna ramly beef burger yang dibulat-bulatkan. Saute sekejap hingga masak. Tumiskan sedikit bawang putih cincang dalam minyak/butter sehingga wangi. Masukkan beberapa sudu cili blender.  

Masukkan sos spaghetti, tomato cincang dan tomato puree. Tambahkan air jika perlu. Biarkan sos mendidih sambil dikacau. Tambahkah garam, gula, lada putih dan perisa. Jika suka boleh masukkan bawang besar cincang, button mushroom, zucchini, carrot dan sebagainya (semua dicincang kecil). Akhir sekali masukkan sedikit dry herbs jika suka. 


bahan perlu utk spagheti bolognese

burger diguna utk membuat meatball

saute meatball dalam minyak zaitun

Rebus spagheti macam biasa dan letakkan dalam deep glass baking dish yang di spray dengan minyak zaitun.

masukkan spagheti ke dalam bekas yg disapu minyak zaitun

Tuangkan sauce ke atas spagheti, kemudian letak meatball atas pasta sauce. 

tuangkan sos

susun meatball

Taburkan herbs kering (oregano, italian herbs dll) dan cheese sehingga rata. 

taburkan herbs

tabur mozarella cheese

Bakar dalam oven hingga cheese cair dan hidangkan panas panas.

Bakar sehingga cheese cair

keluarkan dari oven dan sedia dihidang panas panas

hmmm yummy

enjoy ...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.