Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sotong Goreng Celup Tepung


Sotong Goreng Celup Tepung


Dah lama saya teringin nak makan sotong celup tepung terutama selepas menikmati sotong celup tepung di KualaTerengganu semasa menjalankan urusan tugas rasmi.  

Masa perjumpaan ETHICA di Kolej Ketiga, Sahor juga memasak sotong dan udang celup tepung. Memang sedap sotong celup tepung terutama makan panas panas sementara tepung masihg rangup.




Sotong Goreng Celup Tepung

Sotong Goreng Tepung 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan 
300 gm sotong
1 cawan tepung beras
1 biji telur
sedikit garam
lada sulah

Cara-cara
Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung.
Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.


sotong yang dibeli tadi


Saya suka sotong yang kekal dg kulitnya


sebiji telur dikacau saja


selepas celup dg telur, sotong disalut dg tepung


Sotong Goreng Celup Tepung
Haa siap


Sotong Goreng Celup Tepung
Sedap sgt



Sotong Goreng Celup Tepung
Udang celup tepung




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Sotong Goreng Celup Tepung"

  1. Mcm mne nk elak kn dri sotong ni meletup masa menggoreng?

    BalasPadam
  2. Letakkan sedikitt cuka ... Ia akan keluarkan air sotong tu...dn tk meletop bila di gorengkan

    BalasPadam