Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

15 Nov 2011

Orange Poppy Muffin







Semasa singgah di City Bakers untuk membeli kitchen scale, saya dicadangkan oleh Mira yang peramah supaya mencuba tepung premixed cup cake yang cuma perlu dicampur dengan telur, susu dan majerin yang dicairkan. Teruja dengan celotehnya yang memaklumkan bahawa feedback pelanggan yang dah mencuba mengatakan sedap dan sangat gebu.  

Saya pun terus membeli satu pek premixed dan membeli sekali cawan kertas serta bekas untuk piping adunan ke dalam acuan kertas cupcake. Berbaloi, sangat mudah dan cepat dan yang penting rasanya sangat sedap dan gebu. 

Jom kita tengok hasilnya muffin yang disediakan oleh Juita dan Aween ...

Orange Poppy Muffin

500 gram Golden muffin mix
4 biji telur gred B
140 gram melted butter
100 gram full cream milk atau guna air jer

Cara cara
Masukkan kesemuanya ke dalam bekas dan kisar dengan menggunakan low speed selama 5 minit.  Masukkan adunan hanya 1/2 atau 3/4 cawan penuh sahaja.  

Panaskan oven selama 15 minit dahulu.  Bakar dalam 15 to 18 minit menggunakan oven 170 darjah celcius.

Boleh lah dihiaskan dengan frosting atau fondant.









No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.