Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lomak Cili Padi Ikan Jenahak





Malam tadi masa sahabat kami Zu Mian dan hubby Ki datang berkunjung, sempat mereka berkongsi pelbagai tips memasak masakan nogori. Aduhai terliur sungguh jadinya. Hubby pulak pagi pagi dah ke Segamat menghantar Boy yang memulakan pengajian semester kedua. Tahniah Boy dengan keputusan cemerlang semester lepas.

Sedang saya dok memberi makan ikan ikan koi, tiba tiba saja Nellisa balik menghantar kereta. Apalagi saya pun minta dia ke kedai runcit mencari ikan parang. Tapi tak ada rezeki, ketiga tiga kedai runcit yang dia pergi, tak ada ikan parang. Alahai, kempunan lah camniii. Dari tak ada langsung, beli jer lah ikan jenahak. Hari ini, mesti nak juga Masak Lemak Cili Api ikut cara yang diajar oleh Zu. Memang kena sabor berbanyak, lama nyer masak sebab guna api yang perlahan... bayangkan my Laling hubby sampai balik dari Segamat, saya masih dok mengacau kuah lemak tu ... alahai tu sebab rasanya sedap, berkat kesabaran tukang masaknya. Pedas berapi sampai hubby dan Aween tanya kenapa pedas sangat.

Ini lah resepinya ...





Masak Lomak Cili Padi Ikan Jenahak
Oleh: Azie Kitchen

Ikan jenahak
Segenggam cili burung (ikut suka nak pedas camne)
1 inci kunyit hidup
Santan pekat (dari sebiji kelapa)
Garam
Asam keping

Blend cili padi dan kunyit hidup. Masukkan ikan dan bahan bahan kisar dan masakkan sehingga airnya menjadi kering. Masukkan santan pekat dan dikacau selalu dengan api yang perlahan. Masukkan garam dan asam keping. Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidang ....

Apa bezanya dengan yang saya biasa buat? bezanya air dikeringkan dahulu dengan memasak ikan dan bahan kisar di atas dapur terlebih dahulu. Kedua menggunakan cili burung, bukan cili padi biasa. Memang ada dua cara, boleh juga dicampurkan santan dan bahan kisar dan terus dimasak dengan api perlahan.







Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Masak Lomak Cili Padi Ikan Jenahak"