Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

10 Nov 2011

Kuih Seri Muka





Sudah lama saya ingin cuba membuat kuih seri muka. Bukanlah kerana saya amat menggemari kuih ini tetapi kerana saya hanya ingin mencuba sendiri memasak kuih tradisional sebagai satu kepuasan diri sendiri.  Resepi ini saya temui dalam Myresepi.  Teruja membaca komen komen mereka yang telah mencuba resepi ini, saya terus membuat keputusan untuk mencubanya hari ini juga.  Saya terus menelefon Hafez anak saya yang sedang bercuti semester untuk tolong merendam beras pulut. Jadi sebaik sampai di rumah saya boleh terus memasaknya.

Semasa sedang menyediakan kuih seri muka ini, saya mula teruja melihatkan pulut yang dikukus masak dan sedap sekali, lebih lebih lagi kerana ini kali pertama saya memasak kuih seri muka. Lihat lah hasilnya ... permukaan yang cantik, sangat wangi dengan bau daun pandan, dengan warna pandan paste yang hijau cantik membuat sesiapa sahaja tak sabar untuk  menjamahnya.  Kiranya petang ini, semerbak bau wangi pandan dari dapur Nur Qaseh. Terima kasih kepada tuan punya resepi yang telah berkongsi resepi ini. Jom kita lihat resepi dan gambar gambarnya.  Jom layannn ... 


Kuih Seri Muka
sumber: NanaSham myresepi

Bahan-bahan ( saiz loyang 8"/3'' )

Bahan lapisan bawah
500 gm beras pulut
400 ml santan cair (200 ml santan kotak & 200 ml air)
1 sk garam (tambah sikit lagi)
2 sb minyak

Bahan lapisan atas
120 gm tepung gandum
3 sb tepung jagung
140 gm gula (guna 150gm)
3 biji telur
450 ml santan pekat (400 ml santan kotak & 50ml air)
1/2 sk garam
300 ml air + 10 helai daun pandan (dikisar)
Sedikit pandan paste 

Cara-cara

Untuk lapisan bawah
1) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
2) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
3) Toskan beras pulut.
4) Satukan semua bahan2 di dalam loyang yang disapu minyak dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan. Atau boleh juga lapik loyang dengan menggunakan plastik yg disapu minyak supaya mudah dikeluarkan dari loyang.
5) Kukus atas pengukus yg telah mendidih selama 20 minit.
6) Keluarkan loyang dari kukusan dan rasakan garamnya. Kalau kurang masin, ditambah garam. Ratakan permukaan pulut tadi dengan ditekan tekan sedikit supaya padat. Siap untuk dilapis dengan lapisan atas.

Untuk lapisan atas
1) Pukul gula bersama telur hingga kembang.
2) Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi. 
3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendaklah ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus.
4) Letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu ke dalam kukusan dan dgn perlahan lahan tuangkan lapisan atas supaya tak ada bubble.
5) Lap penutup kukusan atau tutup penutup kukusan dengan tuala supaya air tidak menitik.  Kukus atas yg air sedia mendidih dengan api biar sederhana aje bagi mengelakkan kuih berlekuk lekuk selama 45 minit atau 1 jam. Cucuk dengan lidi dan kuih masak bila tidak lagi melekat di lidi.
6)  Kuih ini hendaklah betul betul sejuk dalam 2 - 3 jam, baru lah dipotong supaya mudah dipotong dan cantik. Potong dengan pisau plastik.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.