Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

17 Oct 2011

Udang Goreng Garam Kunyit





Haa ini satu lagi lauk yang menjadi kegemaran saya dan selalu dimasak sejak di bangku sekolah. My late father menangkap udang di sungai dengan memasang bubu atau dipanggil  "gogoh" yang dimasukkan isi kelapa yang dibakar.  Gogoh itu akan diikat di batang pokok nipah dan dibiarkan semalaman.  Esoknya, gogoh akan diangkat dan banyak lah udang sungai yang diperolehi termasuk udang galah yang besar besar.  Udang udang tersebut hanya dimasak gulai seperti resepi yang saya masak ikan tongkol tadi atau hanya digoreng garam kunyit sahaja. 


Memikirkan apa lauk yang sesuai untuk dimakan bersama gulai ikan tongkol tadi, saya membuat udang goreng garam kunyit.  Caranya mudah dan rasanya sedap.



Udang Goreng Garam Kunyit

Udang dilumur garam dan kunyit
Bawang besar di hiris
Cili hidup dihiris (kalau cili hijau Kelantan, lagi sedap)

Udang digoreng hingga masak, masukkan bawang besar dan cili hidup.  Masak hingga bawang dan cili agak layu. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas panas.





1 comment:

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.