Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Keria


Kuih Keria


Kuih keria adalah kuih kesukaan suami saya berbanding dengan saya yang lebih suka kuih cek mek molek. Oleh kerana bahan bahan untuk membuat cek mek molek dan kuih keria adalah menggunakan bahan yg sama. Jadi saya membuat kedua duanya sekali. Ubi yang ditumbuk disimpan separuh untuk dibuat kuih keria.  

Kebetulan pula, ubi keledek yang dibawa oleh my brother dari kampung memang bersaiz besar, jadi banyak jenis kuih boleh dibuat.  Sebelah pagi saya membuat kuih cek mek molek untuk sarapan. Manakala kuih keria saya buat di sebelah petang selepas balik dari pejabat, sebelum hubby balik ke kampung menziarahi emaknya. Hubby memang suka dengan kuih ini dan siap diambil sendiri di kuali sebelum sempat saya menghidangnya.

Sebenarnya inilah kali pertama saya membuat kuih keria kerana saya tak berapa menggemari rasa gula yang melekat tu. Apalagi kalau makan dengan tangan, rasa melekit belengas, istilah  orang Kelantan la.

Jom kita layan resepi dan gambar gambar nya ...



Kuih Keria

Kuih Keria
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
Ubi keledek oren
Tepung gandum
4 sudu besar gula
3 sudu besar air

Cara cara:
Bahan bahaRebus ubi sampai empuk. Lenyekkan.
Ubi yg telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Bentukkan kuih keria dan goreng dalam minyak panas yang banyak.

Proses seterusnya adalah untuk menyira kuih yang digoreng tadi di dalam kuali berisi air gula. Panaskan air dan gula hingga gula hancur dan berbuih, baru dimasukkan kuih. 

Perlahankan api dan gaul hingga rata. Lepas tu tutup api dan gaul lagi sehingga gula sekata melekat elok pada kuih.

Siap dihidangkan panas panas.


Nota: ada petua supaya diletakkan 1 sudu teh tepung gandum dalam air gula yang berbuih supaya gula pada kuih keria tahan lama dan tak cair 



Keledek yg direbus empuk dibuang kulitnya


Keledek di tumbuk dan gaul dg tepung gandum


Adunan yg siap utk dibuat kuih


sedang digoreng


Air dan gula untuk menyira


Bila air gula berbuih, masukkan kuih




Tutup api dan terus dikacau


Kuih Keria
sedia untuk dimakan




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

8 ulasan for "Kuih Keria"

  1. terima kasih dengan resipi yang lenkap baru saya thu mcm mana nak masak kuih keria sedap..

    BalasPadam
  2. saya juga baru belajar membuat kuih keria. semoga apa yang dikongsi di sini, memberi manafaat utk kita semua.

    BalasPadam
  3. pnndainye masak,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan pandai pun tapi sebab belajar dan terus mencuba jer

      Padam
  4. Salam kak azie .. klau ubi tu d buang kulit sblm d rebus.... ok ke or jd xsedap? .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih mudah dibuang selepas direbus

      Padam
  5. kak azie,tepung gandum bpe cawan nk guna?

    BalasPadam
  6. Terima kasih Cik Azie kogsi resepi, alhamdulillah jadi sangat2, mak mentua siap ckp sedap sgt, padahal first time buat :)

    BalasPadam