Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

22 Oct 2011

Best Banana Cake Ever






Kalau pagi tadi saya buat cup cake, tengahari buat pula kek pisang. Maklum dari pagi tak tahu nak buat apa, dah berpuas bercanda canda dengan ikan ikan koi, pergi pulak kolam ikan kelah, lepas tu baring baring. Aduish mati kutu. Gini lah kalau anak anak dah besar, mereka buat hal masing masing. Mr hubby pula keluar ke USJ ada meeting dengan Din berkenaan dengan aktiviti ETHICA.


Dah lama saya ingin membuat kek pisang kerana saya amat menggemarinya tetapi memikirkan diet, saya cuba menangguhkan. Maklum lah kalau masak kek dan sebagainya, pasti saya yang kena menghabiskannya kerana anak anak tidak berapa gemar memakan kek.





Telah banyak resepi kek pisang yang telah saya salin dan simpan. Namun resepi Maya Kirana dengan tajuknya itu menjadikan saya ingin mencuba resepi beliau. Tapi alahaai.. gara gara oven baru, saya ingatkan dah guna api bawah seperti yang ditulis di dalam resepi, rupa rupanya yang saya set tadi untuk steam.  huhuhu haru jadinya. Walaupun keknya menjadi tapi tak ada lah garing di bahagian bawahnya. Jadi bukan lah salah resepi, tapi salah oven.  eh eh bukan salah oven, salah saya yang tak mengenali ciri ciri oven sendiri.  Apa apa pun, jom layan resepi di bawah.




Best Banana Cake Ever
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
150 gm gula
150 gm butter
150 gm self raising flour (dg secubit soda bikarbonate)
3 biji telur dipukul
1 cawan pisang emas masak yg dilecek


Cara cara:
Pukul gula dan butter hingga kembang. kalau pukul menggunakan spatula lebih kurang 15 minit. Selepas itu, masukkan telur sedikit demi sedikit dalam 3 kali tuang.

Selepas itu, masukkan separuh dari tepung dan dibalik balikkan. Masukkan pisang dan selepas itu baki tepung. Jangan terlebih kacau adunan tersebut.

Tuangkan adunan ke dalam bekas yng disapu dengan butter dan ditabur dengan tepung gandum. Atau boleh juga jika ingin melapik dengan kertas pelapik.

Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan pada 160C selama 20 minit (using bottom heat) dan 10 minit (using top heat).

Disejukkan dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan. 


pisang emas dibawa belayar ...


3 biji telur yang dipukul


pukul tangan sb tk reti guna mixer Kitchen Aid yg baru dibeli


setelah dimasukkan pisang dan tepung


Masuk dalam bekas yang dilencer dg butter dan tabur dg tepung


Tengok apa yang di set di oven tu ...


gara gara test guna garpu ... berlubang lol


Jangan pandang bawah ya ... hihihi amfuuuun

2 comments:

  1. Kak Azie, I tried this cake and turned out beautiful and wonderful in taste. Siap my gilrfriend suruh Jay buatkan satu khas untuknya.

    ReplyDelete
  2. Kak Azie, I tried this cake and turned out beautiful and wonderful in taste. Siap my gilrfriend suruh Jay buatkan satu khas untuknya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.