Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Puding Tembikai Azie Kitchen



Puding Tembikai Azie Kitchen



Aduish pagi pagi lagi dah spoilt, maklum bangun bangun terus ke dapur godek tengok bahan untuk membuat puding tembikai. Haaa ini gara gara malam tadi sebelum tidur tengok gambar gambar puding tembikai di internet dan blog blog masakan. 

Begitu teruja untuk membuatnya sampai tak jumpa cari bahan bahan yang diperlukan, periuk agar agar dah naik atas dapur. Maknanya punya la kelam kelibut.

Lepas tu tak penyabar pulak tu, lebih lebih lagi bila tengok adunan atas dapur dah mula pekat. Haa bila dah panic button, apalagi tuang jer semua dengan tak sempat tunggu adunan hijau dan putih untuk kulit tembikai keras. 


Puding Tembikai Azie Kitchen

hmmm nasib la, dari nak jadi puding tembikai, jadi ajer la puding apa apa, puding marble ke atau apa apa lah. Jiwa tengah kacau ni sebab percubaan tak menjadi. Sejak dari kecil, saya memang bercita cita nak membuat puding berbentuk tembikai atau timun cina dalam bahasa negeri ku, che siti wan kembang. 

Jom layan aje la gambar dan resepinya kerana bukan salah resepi ... apa apa rasanya mabeles, lemak lemak manis gitu ...



Puding Tembikai Azie Kitchen

Puding Tembikai
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-Bahan:(loyang 8 atau 7 inci lagi cantik)
1 paket agar agar serbuk tanpa warna/plain (dalam 15 gram/agar agar serbuk 10 gram
2 keping roti gardenia *
6 cawan air (4 cawan air)
½ cawan gula (½ cawan gula)
½ tin susu pekat (½ cawan susu pekat) *
1 cawan susu cair (sy tambah) *
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
Cincau dipotong kecil (atau bijan hitam)
sedikit pewarna hijau/merah

Cara-cara:
Masak agar agar bersama gula dan air sehingga agar agar dan gula hancur.

Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis. Blend halus.

Setelah agar agar dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.

Ambil 1 cawan adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai. Biar hingga keras sedikit.

Ambil pula ¾ cawan warna asal dan curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit.

Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk. Simpan ke dalam peti sejuk.


Puding Tembikai Azie Kitchen

Puding Tembikai Azie Kitchen



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Puding Tembikai Azie Kitchen"