Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

23 Sep 2011

Bingka Labu






Dah lama saya beli labu semata mata untuk membuat bingka labu. Oleh kerana esok majlis rumah terbuka dan house warming Nur Qaseh, saya membuat keputusan untuk memasak Bingka Labu sebagai pencuci mulut di samping kuih muih yang disediakan oleh katerer.


Jom kita tengok, resepinya.  Memang lemak manis dan sedap sekali.  Cara menyediakannya juga amat mudah dan tidak memakan masa yang lama.


Bingka Labu
sumber kak zana myresepi

Bahan-bahan
5 biji telur Gred A .. ( boleh guna 3 biji sahaja)
200 ml air
300 ml pati santan (boleh guna santan kotak atau santan fresh)
200 g tepung gandum
180 g gula halus atau gula pasir pun boleh
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus atau direbus
1 sb butter dicairkan
Bijan, jika suka
Cara-cara
Blender labu rebus bersama air, gula, santan, garaam, esen sehingga halus. Kemudian masukkan telur dan tepung, 1 sudu besar butter yang telah dicairkan. Blend lagi hingga sebati. Sapu minyak pada loyang dan masukkan dalam oven sekejap sebelum dituangkan adunan tadi.  Tabur bijan, jika suka.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.