Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Daging


Rendang Daging


Sebelum balik beraya pada hari raya tahun lepas, saya mencari resepi rendang daging yang baru untuk dicuba. Saya menemui beberapa resepi rendang daging yang hampir sama bahan bahan nya. 

Seperti biasa, saya akan gabungkan kedua dua resepi untuk menjadikan satu resepi. Resepi ini lah yang saya dan Nana masak semasa di kampung dulu.

Layaannn gambar rendang daging yang saya sediakan sebelum ini...


Rendang Daging
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

1 kg daging - potong kecil
2 peket kecil rempah kurma
1/4 cawan kerisik
1 biji kelapa - ambik santannya
Garam
Gula melaka/gula
½ cawan air asam jawa or 1-2 kpg asam
1 kiub ayam knorr/serbuk perasa - opsyenal
 


Bahan kisar:
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1 1/2 cm halia
1 1/2 cm lengkuas
15-20 biji cili kering

Bahan mayang:
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit

Cara-cara:
Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.

Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.

Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.

Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Rendang Daging"

  1. AsSalam .. 1kg dgg biase hidangan tuk brape org ye sis

    BalasPadam