Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

19 Ogo 2011

Ketupat Sotong



Ketupat sotong adalah makanan kegemaran saya sejak kecil. Kalau sotong menpunyai telur, lagi sedap ...

Teringat kenangan semasa kecil dimarahi emak kerana disangkakan saya telah memakan bahagian telur sotong sahaja. Sehingga kini, saya pun tak tahu siapa yang punya kerja itu ...

Apa apa pun, itu lah kenangan yang terpahat di ingatan di sebalik ketupat sotong. Jika dibeli di bazar ramadhan, harganya mahal sekali. Selamat mencuba ...

Ketupat Sotong
sotong di tarik keluar kepala
beras pulut (direndam sekejap)
santan
garam
gula melaka
daun pandan


Masukkan santan dan garam ke dalam beras pulut.  Sumbatkan beras pulut dan santan tadi ke dalam sotong. 

Cantumkan kepala sotong dan dicucuk dg lidi secara melintang bagi memastikan sotong tak terpisah dg kepala dan pulut tidak terkeluar semasa dimasak. 

Susun sotong di dalam periuk, masukkan santan hingga tenggelam sotong bagi memastikan pulut cukup masak.  Masukkan daun pandan dan sedikit garam. 

Masak sehingga pulut di dalam sotong telah masak.  setelah pulut masak, masukkan gula melaka.  Masak hingga pecah minyak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.