Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

30 Ogo 2011

Kari Ikan Bawal



Seperti yang saya celotehkan dulu, saya bukan penggemar ikan, apalagi masak kari kari. Kami hanya tahu gulai ikan masak lemak atau gulai ikan rebus masak lemak.  alaaa yang macam lauk untuk nasi berlauk pagi pagi tu.  Kami hanya masak kari bila daging atau ayam sahaja. 

Tapi bila berkahwin, keluarga suami penggemar kari terutama kari ikan. Terpaksa la belajar bagaimana nak memasak kari, check dengan kawan kawan facebook cara cara masak kari yang sedap.  Maklumlah nak menambat hati suami la katakan.  Jom layan, resepi kari yang saya pelajari ...

Kari ikan
3 cili api potong halus halus
Halia sebesar ibu jari dirincih
5 biji bawang merah dihiris
4 ulas bawang putih dihris
Daun kari
2 pek kari babas ikan
1 sudu teh asam jawa
2 sudu teh garam
I sudu serbuk perasa

Panaskan 2 senduk minyak dalam kuali. (kalau terlebih, buang minyak bila kari dah siap)
Tumis cili api, bahan hiris hingga layu.  Masukkan kari dan digoreng sampai naik minyak.
Masuk air 1 mug bagi kari masak. pastu bila minyak dah timbul lagi masuk lagi 4 mug air...tengoklah banyak mana ikan yang kita nak masak tu...bila kuah dah mendidih masukkan ikan biarkan mendidih lagi...pastikan ikan tenggelam...balikkan ikan ..
Masukkan sedikit asam jawa sebab masak ikan...1 sudu teh je..
Bila ikan dah masak masukkan bendi dan tomato yang dibelah-belah...
Masukan garam dan serbuk perasa...bila sayur dah masak angkatla..
Kalau masak kari ikan, tak masuk santan pun ok ...



masih di periuk ...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.