Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jom Shopping Raya






Dulu saya memang suka bershopping di kompleks membeli serata KL sebab massafa itu kita dapat meluangkan masa bersama keluarga. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya dan anak-anak suka bershopping secara online pula. Ini  kerana ianya bukan sahaja menjimatkan kos tetapi juga menjimatkan masa. Kalau nak bershopping di kompleks kita kena bersiap sedia yang akan mengambil masa dan perjalanan ke situ juga mengambil masa yang lama. Terumatanya bila Ramadhan menjelang, jalan raya sesak di sana sini dan banyak masa dihabis di dalam kesesakan lalu lintas. Tidak lupa juga mencari parking memang mengambil masa yang lama kerana ramai akan keluar bershopping dan untuk berbuka puasa. Kesemua ini menambahkan tekanan mental. Setiap tahun saya akan mula bershopping sebelum Ramadhan untuk Hari Raya kerana saya tidak mahu masa Ramadhan yang sepatut diguna untuk menambah ibadah menjadi masa terbuang. Dengan bershopping secara online, saya boleh membeli belah mengikut keselesaan dan kesesuaian masa sendiri untuk Hari Raya. Di mana-mana sahaja, hatta di dalam kesesakan lalu lintas atau semasa menunggu pesanan di restoran, saya boleh saja bershopping.

Kebiasaannya, bila musim Raya menjelang, ramai akan mula membeli dan menukar perabot atau hiasan dirumah. Tetapi saya seorang yang tidak gemar menukar langsir atau sofa baru seperti kebanyakan orang. Sebaliknya, saya lebih fokus kepada menambah barang-barang dekoratif untuk menyerikan rumah pada musim Raya.





Saya suka dengan barang perhiasan seperti bunga, lilin, pewangi air freshner dsb.






Saya juga akan membeli cadar baru untuk bilik tidur kami dan anak anak. Sedikit perubahan yang dibuat mampu mengubah penampilan dan seri rumah seperti menambah permaidani ini dalam bilik atau ruang tamu. Semua barang barang seperti ini, saya beli secara online sahaja. Memang senang.




Selain barang perhiasan rumah, perkara kedua yang saya titikberatkan ialah pakaian suami dan anak anak. Selain dari sepasang dua baju kurung dan baju Melayu untuk setiap orang, kami juga akan membeli pakaian yang boleh dipakai untuk ke majlis rumah terbuka atau selepas raya. Hubby akan memperuntukkan bajet tertentu untuk setiap orang. Selain pakaian, saya juga akan mendapatkan assesori seperti jam tangan, handbag dan sebagainya.







Anak anak saya memang dari dahulu lagi suka membeli pakaian secara online. Bershopping online memang banyak menawarkan pelbagai pilihan fesyen pakaian untuk dipakai di Hari Raya nanti. 





Selain pakaian, saya amat mengutamakan persiapan untuk hidangan dan jamuan akan dihidangkan pada hari raya. Awal-awal lagi saya telah menyediakan senarai menu untuk hidangan di pagi raya. Menu yang biasa dipilih adalah mengikut kesukaan dan selera anak anak seperti rendang, lemang, kuah kacang, kuah lodeh dan lontong. Manakala biskut pula, saya serahkan pada pilihan anak anak sahaja. 




Selepas menulis senarai menu, saya akan membuat senarai semak untuk barang dapur yang perlu diganti, peralatan membuat kuih yang perlu ditambah dan bahan untuk membuat biskut dan kuih muih.

Ketika buat kuih muih, peralatan yang sesuai amat penting seperti mixer dan lain-lain.





Barang untuk keperluan memasak, agak mahal jika dibeli sekali gus. Jadi saya akan membeli peralatan dapur secara berdikit dikit. Saya akan mengambil masa untuk meninjau ninjau barang yang mahu dibeli dengan melayari website yang menawarkan promosi. Saya tidak terus membeli. Ketika ada tawaran diskaun, baru saya akan membuat pembelian. Kita kena berhemah dan bijak dalam berbelanja. Contohnya seperti app yang saya dapat tahu iaitu Shopee. Masa saya melayari app itu saya dapat tahu ada promosi Cahaya Raya Bersama Shopee mereka yang menawarkan diskaun sehingga 90%.





Antara barangan keperluan dapur yang berada dalam wish list saya adalah blender kisar kering, thermometer, lemon juicer dan slicer. Jadi kempen dan tawaran potongan harga yang ditawar oleh Shoppe sangat sangat membantu saya menjimatkan perbelanjaan raya.





Untuk melihat tawaran yang ada di shopee boleh klik di SINI. Dalam keadaan ekonomi sekarang, kita semua hendaklah berhemah dalam berbelanja. Kena beri keutamaan pada yang penting. Berbelanja di saat ada tawaran dan diskaun supaya ia memberi lebih nilai pada duit kita. Haa jangan ketinggalan untuk menikmati potongan harga sehingga 90% bagi semua kategori pembelian di Shopee dalam tempoh dari 15 Mei hingga 30 Jun 2017. Banyak yang dapat dijimatkan tu.





Selain diskaun, ada juga peluang untuk memenangi hadiah lumayan bernilai sehingga RM25,000 dari peraduan 45 Days Surprise Giveaways. Memang best Shopee ini. Kepada yang minat minum Milo, Nestum atau Nescafe, ada juga promosi dari Nestle di Shopee. Ada juga promosi untuk produk-produk seperti Dove, Breeze, barang elektronik dari SenHeng dan banyak lagi.





Shopee, merupakan mobile marketplace secara online yang pertama di Asia dan Taiwan dengan lebih 30 juta pengguna. Kini Shopee telah melancarkan kempen Cahaya Raya Bersama Shopee sempena kedatangan bulan Ramadhan dan musim perayaan yang akan tiba. 






Shopee menawarkan pelbagai kategori barangan dari fesyen, barangan penjagaan kesihatan, kecantikan, peralatan dan kelengkapan rumah, permainan kanak kanak, barangan keperluan bayi serta banyak lagi. Tidak lupa juga rangkaian pakaian dan fesyen Muslimah yang sesuai digayakan di pagi hari Raya nanti.

Kalau anda belum lagi cuba app Shopee ini, anda bolehlah muat turun app itu dan gunakan kod promosi AZIEKITCHEN7 untuk mendapatkan diskaun sebanyak 15% (had sehingga RM25)! dari koleksi Shopee Top 100 Must Haves. Klik sini untuk bershopping >> SINI.


Cepat klik sini untuk muat turun app Shopee atau SINI untuk bershopping.

Terma & syarat:

  • Kod promosi ini sah dari 15 hingga 17 Mei 2017 (11.59 pm) sahaja.
  • Kod promosi ini sah untuk pengguna baru dan penggunaan sekali sahaja.
  • Kod promosi ini mesti dimasukkan pada laman daftar keluar.
  • Kod promosi ini terhad kepada 100 pengguna pertama sahaja.
  • Kod promosi ini hanya untuk produk-produk dalam koleksi Shopee Top 100 Must Haves sahaja.
  • Kod promosi ini hanya sah dengan pembayaran melalui Shopee Guarantee (kad kredit, perbankan atas talian dan pembayaran melalui pemindahan bank sahaja).
  • Terma dan syarat tertakluk kepada perubahan tanpa notis.






Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Jom Shopping Raya "

  1. Wife saya baru terjebak dengan shopee. Murah sana sebab free postage & postage ditanggung partially oleh shopee dan buyer. Jimatlah jugakkan shopping di sana. Nasib baik budget kurang takdelah shopping sana hanya window shopping. 11street dan lazada wife dah jarang buka asyik ke app shopee je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah husband yang sporting. Support wifey

      Padam