Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Kurma Yang Sedap



Ayam Masak Kurma


Insya Allah lagi 2 hari kita akan melangkah ke bulan Ramadhan. Doakan agar kita dapat masuk ke bulan Ramadhan dan semoga ianya menjadi Ramadhan terbaik dalam hidup kita. Sesungguhnya harga syurga sangat murah di bulan Ramadhan. Sesiapa pun boleh membelinya. Inilah tawaran hebat yang Allah kurniakan untuk umat Nabi Muhammad SAW. Kuliah di Surau Ad Dhuha di mana Ustaz Mat Som menyebut Allah memanjakan umatnya di bulan Ramadhan. Mukmin yang tahu kelebihan Ramadhan, kalau boleh mahu setiap hari adalah bulan Ramadhan. Seandai manusia tahu apa yang ada dalam Ramadhan, pasti mereka mahu setiap hari adalah Ramadhan. Perbanyakkanlah langkah dan jalan jalan ke masjid. Orang yang seronok dengan kedatangan Ramadhan adalah dikira sebagai amal hati. Orang yang tidak suka dengan Ramadhan adalah dikira maksiat dan berdosa besar. 


Ayam Masak Kurma

Kita perlu merancang apa yang perlu dibuat di bulan Ramadhan. Berapa juz Al Quran yang mahu kita baca. Baca Al Quran dalam bulan Ramadhan akan dapat pahala wajib. Seperti mendapat pahala mendapat pahala bacaan Al Fatihah dalam solat. Membaca surah Al Fatihah dalam dan luar solat, pahalanya tak sama. Setiap satu huruf dapat 10 pahala didarab lagi dengan 70 bagi amalan wajib. Jadi kita kena rancang bagaimana untuk khatam Al Quran. 1 juz ada 10 helai. Setiap kali selepas solat 5 waktu, kita baca 2 helai. Satu hari dapat habis 1 juz. Ibadah sunat dapat pahala solat wajib. 

Teringat pesanan Ustaz Zul Ramli supaya memperbanyakkan doa pada kedua ibubapa hatta yang telah meninggal. Mereka seolah tangan menggapai memohon pertolongan. Teringat kepada arwah ibubapa yang telah mendidik saya. Mereka selain mengajar dan mendidik, juga menunjukkan contoh tauladan pada kami seperti rajin mengaji, solat secara berjemaah dsb. Malahan saya mengaji dengan arwah ayah sendiri. Sangat garang. Jika saya liat atau malas mengaji setelah dipanggil berkali kali, pasti yang akan singgah di belakang adalah penyapu lidi. 

Sekarang masuk bab resepi pulak. Lauk ini dimasak selepas Nana balik dari hospital. Jadi waktu sudah agak lewat petang. Matahari pun dah semakin gelap. Jadi saya agak tergesa gesa, terus menceduk dari kuali dan letak dalam pinggan untuk snap gambar hari ini. Jadi kuahnya kelihatan tidak berapa terbit minyak lagi ketika gambar ini diambil. Selepas itu, saya kemudian menyambung merenih kuah sehingga betul betul pecah minyak. 

Biasanya anak anak tak suka masakan kurma. Aween pernah minta suruh tukar menu bila diberitahu saya ingin memasak kurma. Tapi memang mengejutkan kerana masakan lauk kurma hari ini habis licin dengan sekali makan sahaja. Teringat semasa arwah ayah masih ada, arwah Bonda suka memasak Kurma Otak lembu. Ini adalah kerana tidak semua orang rajin dan pandai untuk mengerjakan kepala lembu untuk mendapatkan otaknya. Jadi kerana arwah ayah tahu, saya suka makan otak lembu, dia akan menyiangnya seorang diri. Selepas ayah meninggal, tidak ada lagi orang sanggup melakukannya. Sejak itu, saya juga tidak lagi makan masak kurma otak lembu. 

Jom layan resepi yang kami gunakan pada hari ini. Resepi tapi mungkin cara menyediakan berbeza antara seorang dengan yang lain...

Ayam Masak Kurma

Kurma Ayam 

Bahan bahan:
1 ekor ayam
5 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - belah 4 tapi jangan putus
2 biji ubi kentang 
1 biji buah tomato - belah 2
Rempah penumis - bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
3 sudu besar rempah kurma
1 kotak santan kotak - campur air secukupnya
Garam
Gula
Serbuk perasa
Asam keping
1 sudu kecil kerisik

Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
1 inci halia

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bawang merah serta bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan. 

Masukkan bawang merah dan halia yang dikisar. Kacau rata sehingga wangi. Masukkan rempah kurma. Kacau rata. Tumis sehingga rempah kurma terbit minyak. 

Masukkan ayam, bawang besar dan ubi kentang. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam kecut dan naik minyak.



Masukkan santan dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan masak sehingga kuah pecah minyak. Masukkan garam, gula, kerisik dan asam keping. 

Akhir sekali, masukkan buah tomato. Setelah kuah naik minyak cantik, bolehlah ditutup api.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

30 ulasan for "Ayam Masak Kurma Yang Sedap"

  1. Sedapnya masak kurma tu.. Selamat berpuasa

    BalasPadam
  2. Nak Cuba buat. Slmt berpuasa.

    BalasPadam
  3. aym x digoreng dulu ye...mcm senang..nk cuba buat..trima kasih..

    BalasPadam
  4. Terima kasih ats perkongsian ilmu dunia dn akhirat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di try buat...memang sedap...cucu2 pun suka cause tak pedas.....tq ...kami share ye....

      Padam
  5. kalau kerisik tu takde takpe ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga tapi lebih sedap dg ada kerisik

      Padam
  6. nak cuba ler..nak bawak ke masjid berbuka

    BalasPadam
  7. 1 kotak santan tu kotak 200ml / 500ml / 1000ml.

    BalasPadam
  8. Saya dah Cuba, mmg mudah & sedap - yati

    BalasPadam
  9. Nak tanya, kalau kerisik tu yg kita beli dlm pek, dia mcm ada keluar minyak dah, elok lagi tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu yg ready made mmg ada minyak. Tak tahu apa yg depa buat. Klu terdesak, saya guna juga.

      Padam
  10. Memang sedap resepi ni. Thanks sbb kongsi.

    BalasPadam
  11. tak pernah buat, tengok kak azie share resepi simple mcm ni harapnya menjadi la ye hihi

    BalasPadam
  12. saya amek ye resepi akak. terima kasih sebab kongsi resepi

    BalasPadam
  13. Santana tu holeh diganti dengan susu cair ?

    BalasPadam
  14. Teringin nak bertemu puan azie. Saya mmg sentiasa mencuba resepi puan..dari masa belajar diluar negara sampai lah dah kawin dan menetap di malaysia. Terima kasih atas perkongsian resepi. Alhamdulillah resepi puan selalu menjadi. Tabarakallah ��

    BalasPadam
  15. hye saya selalu mencube resepi di sini n memang sedap2x dan menjadi suami pun puji huhu..thanks kak azie kerane share ilmu yang sedap dan terbaik..

    BalasPadam
  16. Terima kasih atas perkongsian resepi pn azie...insyaallah mak sye akan suke dgn masakkan sye nanti😊😊

    BalasPadam
  17. Klau nk bt msak kurma telor pun caranya sama jgk kan puan Azie?

    BalasPadam
  18. santan berapa ukuran ya? 200,500ml?

    BalasPadam
  19. Terima kasih. Resepi Dari Azie Kitchen antara yg selalu menjadi rujukan saya bila memasak. Lepas pencen ni hari2 màsak. Wife selalu balik lewat.

    BalasPadam
  20. Kalau takde letak kerisik ad efectkn kekurangan pada rasa masakan atau pada rupa paras masakan sahaja tnpa jejaskan apa2 rasa pada masakan yer?
    Tq atas prkongsian lebih lnjut.

    BalasPadam