Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Majlis Salam Restu di MKIC dan JJCM Kuala Terengganu




Pemergian kami ke Terengganu kali ini adalah untuk menghadiri majlis Salam Restu dan Solat Hajat Perdana Mara Ketengah International College (MKIC) sempena pelajar menduduki peperiksaan A Level tidak lama lagi. Bukan lah percutian. Kami bermalam di Hotel RTC Bandar Muktafibillah.






Lagi lagi gambar gambar Juita dan kawan kawan sepanjang majlis berlansung. Memang sangat sayu dan sebak melihat pelajar bersalaman memohon restu para pensyarah dan ibubapa. 







Setelah hampir 2 tahun bersama, boleh dilihat keakraban sesama pelajar. Semoga mereka semua berjaya dalam peperiksaan yang akan ditempuhi dalam beberapa hari lagi.






Selepas majlis, kami ke KT kerana Juita dan Aween hendak makan ikan celup tepung ICT yang bukan sahaja harga sangat murah tetapi sedap. Sesampai di KT saya mengajak Hubby singgah di Noor Arfa Batik. Sejak melihat Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin memakai baju kurung batik, hati dah terjatuh cinta. Walaupun saya orang Kelantan tapi saya tidak ada banyak baju batik. Kalau ada pun, batik yang dibeli di sini. Ada 2 pasang di beli Batik Hazel sewaktu balik ke Kelantan. 




Selepas selesai membeli beberapa pasang batik, kami terus ke Pantai Batu Buruk kerana berjumpa dengan Sekretari Dato Wan Nazari yang telah membeli nasi dagang untuk kami. Kami membawa nasi dagang untuk dimakan di Pantai Teluk Ketapang sambil makan ikan celup tepung. Kot selepas makan nasi dagang, dah kekenyangan. Sedangkan hajat ke sini sebab nak makan ikan celup tepung. 




Sebelah malam kami ke rumah Dato Wan sebelum kami keluar makan di Hotel Primula Beach. Memang sedap lempeng kelapa yang dicicah dengan kari dan juga kelapa parut. Lama juga kami bersembang sembang di sana. Balik bilik dah kepenatan, selepas solat, membaca surah Al Mulk, terus tertidur hingga pagi. 






Pagi pagi lagi Dato Wan datang ke hotel untuk membawa kami bersarapan di Nasi Lemak Kimia. Hahaha sebab apa nasi lemak kimia? Haa jawabnya sebab dekat dengan Jabatan Kimia. Memang lauknya banyak pilihan. Semua bukan sahaja nampak sedap tetapi memang sedap. Saya memilih lauk ikan Aya, sambal paru dan sambal telur burung puyuh. Yang paling win, adalah sambal ikan Aya atau ikan Tongkol yang hanya ada di Terengganu. Ikan Aya rebus dimasuk ke dalam sambal. Memang terbaik, siap minta tambah lauk lagi. Boleh klik resepi di SINI.   





Balik ke hotel, saya mengajak singgah di Batik Bonda pula, dapat beli sepasang batik yang warna lembut ala ala warna baju Tengku Permaisuri. Saya ni kalau dah minat seseorang, semua fesyen pakaian yang digayakan pun akan jadi ikutan. 

Selepas check out, kami singgah sekali lagi makan ikan celup tepung. Singgah juga beli keropok lekor untuk dibawa balik. Kemudian terus bergerak ke MKIC. Tak boleh lama lama kerana Juita sedang dalam study leave. Bak pesan Puan Pengetua MKIC, Tengku Zaharah, ini minggu study leave tapi bukan minggu leave the study. Peperiksaan kali ini sangat penting untuk masa depan Juita. Semoga Juita dan semua anak anak yang menduduki peperiksaan A Level dipermudahkan untuk menjawab semua soalan dan semoga mereka lulus dengan cemerlang. Aamiin. Tolong Aamiinkan ya. 


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Majlis Salam Restu di MKIC dan JJCM Kuala Terengganu "

  1. Kak azie, Sedapnya nasi lemakk..

    BalasPadam
  2. masa kje di terengganu dulu selalu jugak saya mkn nasi lemak kimia tu.
    kt terengganu mmg style sambal ikan aya dia mcm tu. ikan aya rebuk campak dlm sambal. tapi saya tak berkenan bia time dia jual tu mkm dah hamcur ikan tu sbb ditekan2 dgn sudu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah kita. Tak suka ikan yang dicubit cubit gitu. Kenapa ikan tak dipotong kecil kecil terus.

      Padam
  3. ya, nasi lemak kimia memang terkenal. saya yang kat terengganu seminggu sekali mesti pergi.

    BalasPadam