Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kepulangan Untuk Meraikan Majlis Perkahwinan Anak Rakan Sekolah





Inilah kepulangan ke negeri kelahiran Che Siti Wan Kembang yang sungguh menyeronokkan dan pastinya yang akan kekal dalam ingatan. Inilah kali pertama saya balik bersama sama rakan rakan universiti. Rancangan asal adalah untuk konvoi ke Terengganu terlebih dahulu dan keesokannya baru ke Kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Dr Mohad Anizu. Saya dan Dr Mohad Anizu adalah rakan sepersekolahan sejak dari Darjah 1 sehingga ke universiti, cuma berbeza fakulti tapi tinggal di kolej yang sama. Dato Wan Nazari telah membuat tempahan hotel di Hotel Primula Kuala Terengganu dan juga telah menempah makan malam. Namun kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Dato Salehuddin tidak sihat sehingga perlu mendapat rawatan di hospital. Manakala saya pula hampir seminggu demam dan dinasihatkan supaya berehat di rumah. Manakala Azhar dan Dr Nor Salita pula tidak dapat join kerana Bonda tidak sihat.

Oleh kerana tidak mahu menghampakan rakan rakan, Hubby telah cuba menempah tiket kapalterbang dan akhirnya berjaya mendapatkan tiket penerbangan Malindo untuk ke Kota Bharu pada pagi hari Ahad. Oleh kerana semuanya dibuat di saat akhir, maka jadual penerbangan kami berbeza antara satu sama lain. Penerbangan kami pukul 7.00 pagi, Haji Kamaruddin pula pukul 8.00 pagi dan Dato Mohd Alias pula pukul 9.00 pagi. Sesampai di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, kami menunggu ketibaan Haji Kamaruddin dan Dr Hamidah di cafe. Semasa berada di cafe, terserempak dengan Cikgu Kamaruddin Hassan kawan sekolah saya yang kebetulan akan berangkat untuk bercuti di Jepun. 





Selepas Haji Kamaruddin dan Dr Hamidah tiba, kami terus ke kedai nasi Nasir untuk menikmati sarapan pagi dengan nasi berlauk dengan itik serati juga ikan keli goreng berempah. Ikan keli bersaiz besar yang masih panas panas memang sangat sedap.






Sementara menunggu waktu yang dijanjikan untuk ke majlis kenduri, kami ke Bazar Buluh Kubu untuk melihat lihat batik dan telekung. Saya tidak membeli apa apa. Lagi pulak, badan masih lemah dengan batuk batuk yang tidak berhenti henti. Kami hanya menemankan Dr Hamidah sahaja. Semasa bershopping, mendapat panggilan yang Dato Wan Nazari yang memandu dari Kuala Terengganu dah pun sampai di Bachok. Jadi kami bergegas untuk segera ke majlis kenduri.





Kami disambut mesra oleh Dr Anizu dan isteri di rumah mereka yang sungguh besar tersergam indah. Kami juga menyampaikan kiriman dari Dato' Salehuddin dan Dato' Ibrahim Fadzil yang tidak dapat hadir di majlis perkahwinan anak Dr Anizu. 





Sementara menunggu ketibaan Dato Alias dan Suhaimi, kami makan sambil bersembang sembang. Saya pula mengambil kesempatan bertemu dan bersua muka dengan sahabat semasa zaman persekolahan di Sekolah Menengah Bachok yang ada pada masa itu. Antaranya ialah Sulasmi, Rugaya Murni, Zubaidah, Khairani, Sakinah, Zubaidah dan Hatta. Masa ni kami ambil peluang untuk bergambar sebagai kenang kenangan. Ada antara mereka, yang merupakan kali pertama bertemu selepas menamatkan zaman persekolahan dulu.







Kebetulan Datuk Dr Awang Adek juga tiba semasa kami masih ada di sana. Saya dan Hubby pergi berjumpa dengan Datuk Dr Awang yang merupakan bekas Boss saya. Beliau meminta maaf kerana tidak dapat hadir majlis perkahwinan Nana tempohari atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Sebaik Dato Alias dan Suhaimi bersama isteri masing masing tiba, kami masuk ke dalam rumah untuk bergambar dengan pasangan pengantin. 








Lagi gambar gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis. Bila kami bersua, memang akan riuh rendah dengan gelagat masing masing. Itulah yang menjadikan kami semua seperti satu keluarga besar ETHICA. Mie, Setiausaha Peribadi YAB Menteri Besar Johor tiba bersama isteri, Sue Aziz dari Terengganu mengusik saya kerana meminta Hubby sekali bergambar bersama mereka. Kata Mie, saya sebenarnya nak ambil gambar Encik Hubby jer, bukan nak ambil gambar mereka. hahaha







Oleh kerana flight Haji Kamaruddin dan Dr Hamidah pukul 5 petang, jadi kami mengundurkan diri lebih dahulu. Sampai di Kota Bharu, kami singgah di Yati Ayam Percik kerana mereka mahu membeli ayam percik untuk dibawa balik. Kami sempat juga duduk dan minum jus tembikai sambil meratah daging bakar dan ayam percik. Saya sempat juga snap beberapa jenis lauk dan kuih muih Kelantan yang telah lama tidak saya nikmati. Antaranya ialah Kerabu Saghee.








Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Kepulangan Untuk Meraikan Majlis Perkahwinan Anak Rakan Sekolah"