Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

6 Mar 2017

Hari Bersantai Bersama Sahabat





Setiap kali tiba hari minggu, saya biasanya akan berehat bersendirian di rumah. Hubby dan anak anak sibuk dengan urusan masing masing. Tapi hari minggu yang lepas, jadual saya sangat padat seawal selepas Subuh, kami telah keluar dari rumah. Entah kenapa hati teringin sangat hendak melihat Rayyan, cucunda sahabat kami, iaitu Dato' Rahim dan Datin Ismati. Lebih lebih lagi mendengarkan Rayyan tak berapa sihat. Beberapa hari juga saya mengajak Hubby agar dapat membawa saya ke rumah mereka di Bandar Baru Bangi. Mimpi bagai menjadi kenyataan bila Hubby bersetuju untuk ke Bangi atas urusan lain bersama sama Dato Salehuddin dan Datin Nursinah.

Selesai urusan, kami singgah di rumah Datin Ismati. Walaupun ada berhubungan di telefon, tapi telah lama kami tidak ke rumah mereka. Seperti mana Dato Salehuddin, Dato Rahim dan isteri sangat mengambilberat akan perihal anak anak kami juga. Aween pernah bermalam di rumah mereka kerana seronok bermain dengan Ilham dan Irfan yang ketika itu masih kecil. Kini anak anak kami telah besar besar. Zaman ketika anak anak masih kecil, akan tinggal kenangan. Lama juga kami di sana, kerana kebetulan 2 orang lagi cucu mereka, yang baru balik dari Brunei juga datang. Balik dari Bangi, kami singgah makan sate Hj Samuri kerana teringin nak makan sate perut. Sepanjang perjalanan balik, tertidur kekenyangan dalam kereta. Hahaha.




Sebaik tiba di rumah, Hubby memberitahu yang dia telah bersetuju untuk bertemu dengan sahabat kami Raja Zul dan Ruby yang juga telah bertahun tidak bersantai santai bersama. Kali terakhir bertemu semasa resepi majlis perkahwinan Nana. Tapi dalam majlis seperti itu, memang tak berpeluang untuk bersembang sembang pun. Berkali kali berjanji untuk keluar mengeteh tapi asyik ada jer halangan dek kesibukan masing masing. Namun begitu, saya selalu juga mengikuti perkembangan mereka melalui Instagram anakanda mereka, wiwinmakes atau nama penuh Raja Azureen Eleena pengacara Mahligai Cinta di TV3 yang sangat cantik tu. Dah besar Wiwin sekarang.  




Pendek kata hari Sabtu lepas, dari pagi sehingga petang, kami bersantai dengan 3 sahabat yang telah lama tidak bersua, kecuali Dato Salehuddin. Hmm bersarapan dengan Dato Salehuddin, early lunch di rumah Dato' Rahim dan minum petang dengan Raja Zul. Haa lengkap. Makan malam pula, keluar bersama Nelly dan Aween untuk meraikan harijadi Nelly. 



4 comments:

  1. Suka entry macam ini. Lupakan dapur sekejap.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sesekali kena keluar dengan kawan kawan, sembang sembang santai.

      Delete
  2. Kak Azie, it's nice to have a day out with friends. Wish I had that :(

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.