Iklan Nuffnang

Revenuehits html

21 Mac 2017

Happy Birthday Juita






Sesampai di rumah dari Kota Bharu, kami terus bersiap untuk ke Shah Alam. Destinasi adalah Restoran Zam Zam untuk meraikan hari jadi Juita. Hari ini adalah harijadi Juita yang istimewa kerana beliau telah genap berusia 20 tahun. Begitu cepat masa berlalu. Juita yang sangat comey semasa dilahirkan, putih berseri bak mutiara. Kini telah remaja dan akan melangkah ke alam universiti tidak lama lagi. Juita memilih untuk menikmati nasi Arab. Saya yang memang dah terlebih makan nasi semasa di Kota Bharu, terpaksa juga menjamah nasi. 

Selepas itu, kami singgah di rumah Dato Salehuddin untuk memberikan murtabak Raja yang kami beli di Kota Bharu buat mereka sekeluarga. Kami tidak lama di rumah Dato kerana saya merasa sangat letih dan perlu balik segera untuk berehat.

Sempena hari jadi Juita ini, saya memohon anda semua sudi mengaminkan agar Juita menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan di akhirat. Juga semoga Juita lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan bagi pengajian A Level beliau pada bulan Mei nanti. Aamiin...




5 ulasan:

  1. Amen. Juita will do well, Kak Azie. She is pretty and looks like a very smart girl.

    BalasPadam
  2. Aamiin..happy birthday and good luck juita

    BalasPadam
  3. Salam juita pisces like me..haha

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.