Iklan Nuffnang

Revenuehits html

11 Jan 2017

Sambal Kerang Kegemaran Anak anak





Telah lama saya tidak kongsikan petikan ilmu yang saya dapat dari kuliah zohor yang saya hadiri. Hari ini saya nak kongsikan sedikit petikan dari kuliah Ustaz Salehuddin Abdul Ghani mengenai ujian dan musibah. Tidak ada orang yang tidak ada masalah. Cuma yang berbeza ialah orang mukmin akan menerima ujian sebagai teguran dari Allah. Ada hikmah yang tersembunyi seperti antaranya ialah Allah hendak menghapuskan dosanya. Itu yang patut kita fikirkan bila ditimpa musibah. Para Nabi dan sahabat juga tidak ketinggalan diuji. Hendaklah kita redha dan sabar. Manakala orang tidak beriman bila ditimpa ujian akan melatah dan mudah berputus asa. Dosa orang mukmin akan dihapuskan dengan ujian, hatta sekecil ujian terkena duri. Dosa akan jatuh umpama daun daun yang jatuh berguguran. Musibah bagi orang mukmin adalah satu kebaikan. Hmm peringatan buat saya sendiri juga. Sekarang, kita masuk bab resepi pulak.

Sebenarnya saya jarang sekali memasak kerang. Mungkin sebab saya malas nak mengopek kerang. Hahaha.  Lagi pulak, harga kerang agak mahal sekilo RM10 dan dapat isinya tak sampai pun satu mangkuk. Yang lain juga kerana saya allergik dengan kerang atau apa apa makanan laut yang bercengkerang. Tapi anak saya, Aween memang peminat kerang. Kalau makan di mana mana restoran, pasti diminta kerang rebus atau kerang bakar. Berbeza pula dengan Nana yang memang tak makan kerang langsung.

Hari ini, saya nak kongsikan sikit yang kerang, kalau boleh jangan direbus. Nanti ia menjadi terlalu masak dan tak sedap. Sebaliknya selepas dibasuh bersih, terus masukkan ke dalam kuali. Tanpa air. Nyalakan api dan tutup kuali tadi. Selepas beberapa minit, buka penutup dan kacau rata. Setelah kerang mula terbuka, bolehlah padamkan api dan sedia untuk dikopek isinya. Kalau boleh, jangan beli isi kerang yang telah dikopek. Kita tak tahu kebersihannya. Ada ketika, ianya berbau hanyir.

Jom kita layan resepi dan cara saya menyediakan sambal kerang hari ini. Ingat nak memasak Rendang Kerang tapi terlalu sedikit isi kerang yang ada. Insya Allah lain kali...




Kerang Sambal Tumis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk isi kerang
2 sudu besar cili kisar
5-6 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
Gula
Garam
1/4 keping asam keping
1/2 biji bawang besar Holland - opsyenal

Cara cara:
Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak yang agak banyak supaya bahan tumis cepat garing. Tumis bawang seketika sebelum dimasukkan cili kisar.

Tumis cili kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. Setelah cili masak, masukkan gula. Kacau rata sebelum dimasukkan kerang.




Oleh kerana kerang telah masak, masakkan kerang seketika sahaja. Masukkan sedikit air dan garam. Kacau sehingga sambal pecah minyak.



Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang telah dihiris. Kacau sehingga bawang layu, bolehlah tutup api.

5 comments:

  1. sedapnye....rietta pown suka sambal kerang....

    ReplyDelete
  2. nice sharing kak azie .. baru saya tau klu buubuh dlm kuali cam tu boleh buat kulit kerang terbuka ye.tq

    ReplyDelete
  3. Sambal kerang dimakan dengan nasi lemak. Rasa nya special.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.
    sedapnya nampak.. walaupun sy xmakan sambal kerang. sy suka kerang bakar. tapi sekarang makan berpada sebab allergik seafood.. hihi

    ReplyDelete
  5. Berlaukkan sambal kerang ni pun dah mencukupi,dimakan dgn nasi panas panas...fuhhh..berpeluh..alhamdulillah..terimakasih atas segala perkongsian tazkirah dan resepi..moga allah merahmati kehidupan azie..aminnn

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.