Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Majlis Pernikahan Nana Yang Menjadi Sejarah Keluarga

Majlis Pernikahan Nana Yang Menjadi Sejarah Keluarga

Suasana majlis pernikahan mula terasa dengan kedatangan adik bongsu ke rumah. Di sebelah malam pula, keluarga kakak dan abang pula tiba. Begitu riuh rendah sehingga di setiap penjuru, ada sahaja anak anak dan cucu cucu saudara. Bila famili berkumpul baru terasa seperti adanya majlis perkahwinan.  

Satu yang paling saya seronok bila adik beradik tidur dan bermalam di rumah kami. Kakak ipar saya, Kak Harison yang mengetuai proses membuat bunga rampai. Saya mahukan suasana rumah dan bilik pengantin berbau segar dan wangi dengan haruman bunga rampai. 

Kini baru saya tahu bunga rampai dibuat dengan menabur bedak talkum, bunga bungaan segar wangi seperti cempaka telur, bunga melur serta dititiskan dengan minyak patchouly. Semua bahan dibawa dari Kelantan. 

Itulah yang saya sangat terharu bagaimana famili saya dari Kelantan bersatu menyokong saya selama ini, dari dulu sehingga kini. Tidak mengira masa dan wang ringgit. Bila disebut sahaja saya mencari tepak sirih tembaga, abang dan kakak ipar saya cepat cepat mencarinya di Kota Bharu untuk dihadiahkan pada Nana. Semoga kasih sayang antara kami adik beradik akan kekal sehingga ke jannah. 

Bunga rampai majlis pernikahan Nana

Majlis Pernikahan Nana Yang Menjadi Sejarah Keluarga

Hubby menempah nasi campur yang walaupun lauk yang simple tapi makan secara beramai ramai menjadi sangat sedap. Terpaksa dimasak nasi lagi kerana tidak mencukupi. Kesemua ahli keluarga saya dari Kelantan ada pada masa itu. Setelah sekian lama, kali inilah kami berkumpul secara besar besaran. 

Pagi pagi hari 23 Disember di mana majlis pernikahan berlangsung, kami dan semua famili abang dan adik sekeluarga hanya makan nasi lemak dan roti canai yang Hubby beli. Maklum hidangan akan sampai selepas solat jumaat kerana majlis pernikahan akan berlangsung selepas solat jumaat. Kata Hubby, dia mahukan hidangan masih panas panas ketika menjamu selera. 

Majlis Pernikahan Nana Yang Menjadi Sejarah Keluarga

Dato Salehuddin Saidin dan Dr Abdol Aziz yang merupakan jurucakap dan emcee majlis telah tiba sebelum solat Jumaat. Kedua mereka adalah rakan karib kami sejak zaman universiti lagi. Malahan Dato Saleh menganggap anak anak kami seperti anak sendiri. 

Dato Saleh tiba membawa set speaker dan microphone yang baru dibeli untuk kegunaan semasa majlis. Rumah mulai dipenuhi dengan famili yang berpakaian sedondon warna grey dan sahabat handai juga kawan kawan Nana sendiri. 

Antara rakan alumni UM lain yang hadir di majlis pernikahan adalah Dato Wan Nazari, Haji Kamaruddin Mokhtar, Prof Dr Mohad Anizu, Dato Mohd Alias, Haji Abdul Malek dan isteri Dr Zarinah Yusof serta Maimunah Abu Bakar.

Majlis Pernikahan Nana Yang Menjadi Sejarah Keluarga

Pakaian Nana menggunakan French Lace berwarna off white dengan beading serta lengkap dengan veil yang direka cantik oleh Simon. Begitu lama dan banyak kali saya dan Nana berulang alik ke Jakel bagi memilih fabrik untuk majlis ini. Asalnya kami mahukan pakaian berwarna putih tapi entah kenapa bila tiba masa untuk dijahit, warnanya kelihatan lebih pada off white. Saya sangat sangat berpuashati dengan hasil kerja Simon, malahan baju saya dan Nelly serta Juita juga disediakan oleh beliau. 

Tepat jam 3.00 petang rombongan pengantin lelaki tiba seperti yang dijanjikan dengan berpakaian warna merah dengan disambut oleh abang dan adik ipar serta kakak saya sendiri. 

Saya dan Nana keluar dari bilik bersama bridemaids Nana yang berpakaian warna dusty pink dan tudung berwarna grey. Pelamin rekaan Indah Wedding (0132334758) sangat cantik dan sangat menepati citarasa kami. Sangat sweet warnanya. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Nana sah menjadi milik Alain. 

Majlis Pernikahan Nana Yang Menjadi Sejarah Keluarga

Suasana terasa sangat sedih dan hiba apabila Hubby mulai sebak dan menangis selepas akad nikah dijalankan. Memang hubby sangat rapat dan sayang dengan anak anak. Tidak pernah sekali anak anak dijentik. Berbeza dengan saya yang agak tegas dan garang. Saya terpaksa menahan sedih tetapi tidak mahu menangis kerana kuatir Nana juga akan menangis yang boleh merosakkan make up yang cantik. 

Selesai akad nikah, bacaan lafaz taklik dan bacaan pesanan saya dan Hubby kepada kedua  pengantin, Alain beredar untuk menunaikan solat sunat. Ketika itu guruh dan petir mula berdentum dengan kuat umpama tembakan meriam pulak. Hujan mulai turun dengan lebat nya. Secara tiba tiba sewaktu sessi bergambar hendak dimulakan, bekalan elektrik terputus dek trip di sambungan elektrik di khemah. 

Setelah bekalan elektrik ada semula, kami meneruskan sessi bergambar di mana Alain dan Nana bertukar cincin perkahwinan. Nana menerima sebentuk cincin berlian solitaire dan membalas dengan sebentuk cincin platinum. Selepas itu, kedua dua belah pihak keluarga turut bergambar sebelum pengantin bergambar bersama bridemaids masing masing serta sahabat handai. 

Majlis Pernikahan Nana Yang Menjadi Sejarah Keluarga

Kami menjemput rakan dan jiran tetangga untuk hadir mulai pukul 5.00 petang bagi memastikan sessi bergambar kami bersama pengantin telah selesai. Saya tidak mahu melepaskan peluang menikmati waktu bersejarah dalam keluarga kami dengan kesibukan melayan kedatangan tetamu. Kecuali sahabat rapat yang datang sewaktu majlis pernikahan. 

Selepas itu, barulah kami keluar untuk bertemu dengan tetamu yang mulai datang walaupun hujan turun tidak berhenti henti. Bak kata besan saya, Kak Naimah yang ianya adalah hujan rahmat. Ya hujan diturunkan dengan sejuta rahmat, menyejukkan udara dan menyegarkan serta membersihkan alam. Jamuan makan malam selesai dalam pukul 9.30 malam. 

Majlis Pernikahan Nana Yang Menjadi Sejarah Keluarga

Majlis Pernikahan Nana Yang Menjadi Sejarah Keluarga

Inilah kali pertama kami mengambil perkhidmatan caterer Maya Catering & Services ini. Sangat sedap dengan lauk pauk yang mewah dan harga pula sangat berpatutan. Set briyani Batu Pahat dengan lauk briyani daging, kambing, ayam masak merah, pajeri nenas, acar buah, dalca serta papadom. 

Di samping itu disediakan juga roti jala dan laksa johor. Minuman pula adalah air orange dan teh tarik. Tidak lupa tembikai sebagai pencuci mulut. Pekerja mereka juga tidak berkira dari segi masa. Bila air minuman habis, mereka juga keluar membeli dan membancuh air tambahan. 

Pendek kata saya sangat sangat berpuashati dengan perkhidmatan yang diberi. Mereka mengotakan janji bahawa tuan rumah tak perlu risau akan ketidakcukupan makanan. Sangat terbaeek. 

Sesiapa yang ingin mengadakan majlis, saya memang rekemen mereka. Anda semua boleh menghubungi Encik Azmi di nombor telefon 0133036327. Kalau boleh beritahu mereka yang anda mendapat rekemen dari blog Azie Kitchen. Mana tahu, boleh dapat harga istimewa seperti saya. Hahaha. 

Majlis Pernikahan Nana Yang Menjadi Sejarah Keluarga


Alhamdulillah, anakanda kami telah selamat memasuki fasa baru dalam kehidupan beliau. Selamat Pengantin Baru buat Kakak dan Alain. Boleh rujuk entri malam berinai sebelum ini di SINI dan catatan persiapan majlis di SINI.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

9 ulasan for "Majlis Pernikahan Nana Yang Menjadi Sejarah Keluarga"

  1. Selamat Pengantin Baru buat Nana...tahniah....meriah majlisnya...

    BalasPadam
  2. Tahniah buat Nana dan family... meriah sungguh

    BalasPadam
  3. congratulations, it was don perfectly.. hope the newly wed couple will be gifted with healthy children.

    BalasPadam
  4. Selamat menerima menantu kak.

    BalasPadam
  5. Barakallahu laka wabaraka alaika wa jama'a bainakuma fi khair.
    Tahniah untuk Kak Azie sekeluarga.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah tahniah k.Azie & keluarga dapat ahli keluarga baru...moga Nana & pasangan beroleh berkat dlm rumahtangga. Aamiin

    Semuanya cantik k.Azie... Pelamin, khemah, deco apatah lagi pengantin & maknya :)

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..tahniah wat Nana juga K.Azie sefamily ye

    BalasPadam
  8. Congratulations, Kak Azie!

    BalasPadam
  9. Tahniah akak!!kita org spore slalu tgk blog akak utk msk :)

    BalasPadam