Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jeruk Buah Buahan Asam Boi Yang Sedap


Jeruk Buah Asam Boi Yang Sedap


Kebelakangan ini fikiran saya agak keliru dan bercelaru. Tiba tiba seperti saya keseorangan. Tanpa teman untuk berbicara. Mereka hilang tanpa dapat dihubungi menjadikan saya tertanya tanya, apakah hikmah di sebalik ini. Saya menjadi sangat down. Bila perkara ini saya luahkan pada Kak Kama, guru Al Quran saya ketika saya pergi ke rumah beliau untuk mengaji. Kak Kama telah menanyakan apa lagi yang saya inginkan, apa lagi yang saya tidak punya. 

Di saat orang lain perlu bekerja dan agak susah, sedang saya berjawatan yang baik dan bekerja dalam pejabat berhawa dingin, punya suami dan anak anak, punya rumah dan kereta, punya anak anak yang sihat dan sempurna, hidup dalam lingkaran golongan elit. Beliau memberi contoh seorang jiran beliau yang seumur hidup terpaksa menjaga anak orang untuk mencari nafkah. 



Jeruk Buah Asam Boi Yang Sedap

Kak Kama menasihatkan saya supaya melihat orang yang lebih susah dan memperbanyakkan bersyukur atas nikmat yang dikurniakan selama ini. Bak bertih, Kak Kama bersyarah. Saya tidak menjawab kepada semua pertanyaan Kak Kama. Semua yang Kak Kama sebut adalah bukan perkara yang saya tidak tahu atau bukan perkara yang pertama kali saya mendengarnya. Semuanya benar belaka. 

Tetapi kecelaruan saya tidak semuanya berkait dengan apa yang Kak Kama sebutkan. Saya tinggalkan majlis hari itu, dengan satu perasaan yang bertambah "takut" bila Kak Kama berkongsi apa yang dipesan kepada beliau bahawa bila umur meningkat, badan kita berbau tanah. 

Balik dari rumah Kak Kama, saya kerap mencium lengan saya kalau ianya telah berbau tanah. Ya tidak mustahil kerana kita dijadikan dari tanah dan jasad kita akan kembali bersemadi di dalam tanah.

  

Saya menulis apa yang saya inginkan seperti ingin jadi baik, ingin jadi seorang yang humble tetapi hakikatnya saya sentiasa tidak bersendirian. Saya sentiasa dihasut supaya menjuruskan diri pada dunia yang penuh hina dina. Ada kalanya saya sangat benci dan merasa sangat jengkel melihat kekaguman dan sanjungan dunia pada pangkat jawatan, pada gelaran, pada harta kekayaan. Darjat seseorang terus menjadi tinggi dengan hanya bergelar dan berjawatan. Begitu kah? 

Saya tidak seharusnya mengambil hirau akan semua ini. Tetapi bila saya memikir dan sakit hati akan semua itu, bermakna saya adalah seorang yang hampir tewas. Tewas dengan nafsu sendiri. Saya memang benci dengan permainan dunia tapi saya gagal untuk mengeluarkan diri secara total darinya. Di kebanyakan masa, saya terjerumus. Saya tidak melakukan seperti apa yang saya ingin lakukan. 

Tidak ada salahnya mencari dunia demi akhirat. Islam tidak melarang hambaNya mencari kekayaan dunia. Yang salahnya bila dunia disanjung sanjung, mencari dunia untuk kemasyhuran dan beriak riak. Ini yang harus dilawan, nafsu yang mengajak kepada perkara yang negatif.  

Bila diri terkapai kapai, saya mencari seseorang sebagai teman bicara. Baru lah saya tersedar yang saya sebenarnya hanya bertemankan teman alam maya melalui perantaraan iphone dan ipad. Mereka lah "teman" yang sentiasa mengembirakan hati saya. 

Hmm mungkin betul saya keliru dan celaru. Saya hanya menulis mengikut fikiran yang celaru. Celaru seperti jeruk buah asam boi agaknya. Dalam satu bekas terdapat pelbagai rasa manis, masam, pedas dan masin. Tak tahu yang mana satu yang saya suka dan yang mana satu yang saya tidak suka. 

Cukuplah di sini dahulu kerana saya tahu pada akhirnya hanya saya yang perlu terus berjuang untuk berada di jalan yang benar. 

Jom layan Jeruk Buah Buahan Asam Boi yang sangat popular sekarang ini. Lebih lebih lagi bila melihat Zarina Zainuddin menjual di Instagram beliau. Harga jika dibeli sangatlah mahal. Jadi jom kita berjimat dengan menyediakannya sendiri di rumah.....


Jeruk Buah Asam Boi Yang Sedap

Jeruk Buah  Buahan Asam Boi

Bahan bahan:
3 biji mangga lemak manis muda
1 biji jambu batu
15 biji asam boi - saya suka warna putih
3 tangkai cili padi merah ~ di hiris halus
1 cawan gula pasir

Cara cara:
Kupas dahulu mangga muda dan jambu batu. Buang kulit mangga, buang biji dan dihiris nipis. Rendam dalam air kapur dalam 20 minit untuk meranggupkan buah buah jeruk. Kemudan cuci bersih dan tos sehingga kering airnya.


Masukkan cili padi dan asam boi. Masukkan gula pasir dan kacau rata.  Masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais dalam 3-4 jam. Sedia untuk dimakan. 

Saya masukkan gula ke dalam bekas terus sebab ala ala nak cepat. Jangan buat macam ni, comot dan tak kemas tau.




Nota:
Boleh juga ganti cili padi dengan chilli flakes.

Boleh letak limau kasturi yang dibelah dua ke dalam jeruk.

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

8 ulasan for "Jeruk Buah Buahan Asam Boi Yang Sedap"

  1. sanagt memberi keinsafan coretan kak azie kali ni ... semoga kak azie jumpa ketenangan yg di cari ... tapi jeruk tu mmg best kecur air liur

    BalasPadam
  2. yummy...time pening pening sedap makan asam ni....terliur plak tengok mangga tu...

    BalasPadam
  3. Yummy!! Sedapnya kak azie... terliur kejap

    BalasPadam
  4. Bersabar dan bertabah lah wahai kak azie.lumrah kehidupan ada kala tenang,adakala kebimbangan.sedap mangga tu...terimakasih perkongsian.

    BalasPadam
  5. nice information http://obattrigliseridatinggi.xyz | http://jellygamat-qnc.xyz | http://calciumsoftgel.xyz

    BalasPadam
  6. As-Salam Kak Azie,

    Saya sudah buat jeruk ni last nite, pagi tadi mencuba 1 slice and menjadi, masih agak masam, maybe sbb buah mangga yang saya guna sememangnya masam tak hengat punya mangga, tengoklah dalam sehari dua nih if ada perubahan rasa, makin lama makin sedap kot (tu pun kalau masih ada lagi aheehee)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooh saya makan selepas beberapa jam jer. Tak patut masam sangat. Kena ada rasa masam manis.

      Padam
  7. Seperti yang saya sangkakan, selepas beberapa hari rasa jeruk tu lebih blend, mungkin faktor kemasaman buah mangga tu juga dan mungkin juga sebab saya hanya guna mangga saja tanpa buah jambu. InsyaAllah dilain kali nak juga mencuba mangga campur jambu atau betik muda atau buah yang lain.

    Terima kasih sangat for this resepi ni ye kak ;)

    BalasPadam