Iklan

Iklan Nuffnang

17 Oct 2016

Paru Sambal Berlado Kegemaran Saya Yang Sangat Sedap






Saya memang sangat sangat suka makan Paru Sambal Berlado terutama yang dijual di Kampung Melayu Kundang berhadapan dengan Pusat Parti PKR. Kalau hendak ke sini, memang kena datang awal. Kalau tidak, alamak memang kempunan. Orang terlalu ramai bersesak sesak dalam kedai. Ada rasa nak menangis bila dah datang awal tapi tetap paru nya telah kehabisan. Itu pun, mereka mengeluarkan lauk paru sedikit demi sedikit. Kalau dikeluarkan sekali gus, rasa nya sekelip mata dah habis. Hubby pula tak suka nak selalu ke sana, maklumlah agak jauh dengan rumah kami. Satu hari, saya gagahkan diri meminta no telefon tuan punya kedai makan tu. Kalau ke sana, memang tak sempat untuk bercakap cakap pun kerana mereka terlalu sibuk melayan pelanggan yang ramai lebih lebih lagi hari Sabtu dan Ahad. Secara jujur, saya tak tahu yang mana satu, tuan punya dan yang mana pekerja. Sebab pekerja yang melayan pelanggan di kedai pun ramai juga.

Saya menelefon dan cuba berkenal kenal dengan tuan punya kedai makan tu. Alhamdulillah orangnya baik dan tak lokek pun untuk kongsikan dengan saya cara menyediakan dan bahan bahan yang digunakan. Malahan Puan Shakila ada singgah dan membaca blog Azie Kitchen juga. Katanya pada saya, kenapa tak perkenalkan diri? Hahaha macam mana nak perkenalkan diri, nak order makanan pun kena mencelah celah di sebalik orang ramai. Paru Sambal Berlado ni bukan sahaja sedap dimakan dengan nasi lemak, mee hoon tetapi juga saya makan dengan lontong yang juga sangat sedap.
 
 
 
 
 
Hari minggu ini kami tak ke mana mana kerana sepatutnya menpunyai temujanji dengan vendor pelamin. Tapi beliau menpunyai urusan kecemasan di kampung. Saya mengajak Nana menemankan saya ke Pasar Tani di Kota Dame untuk membeli paru. Saya beli sekilo sahaja. Tapi saya buat dalam 700 gram. Bila sebelum direbus, nampak macam banyak sangat. Tapi bila dah siap, sikit jer. Itu pun sambil menggoreng, sambil meratah macam makan keropok keropok gitu...

Jom layan resepi yang saya olah sendiri berdasarkan bahan bahan yang digunakan oleh Puan Shakila. Saya tak lah minta sukatan bagai, sebab memasak lauk pauk ni, boleh jer agak agak bahannya. Rasa kurang bawang, tambah jer bawang, rasa kurang cili, tambah cili. Mudah. Bukan macam buat kek atau biskut, mesti ikut sukatan. Dulu saya ada menyediakan paru goreng rangup di SINI tapi tak sesedap hari ini kerana hari ini saya memasak dengan ilmu, petua dan tips penuh di dada. Hahaha. Sebelum memasak, kita kena faham dulu resepi dan bahan bahan digunakan. Kena jelas sebelum mula memasak. Seperti biasa, saya ada buat video untuk anda melihat dengan lebih jelas cara menyediakan lauk kegemaran saya ini. Kalau di Kundang, saiz paru nya nipis nipis dan kecil, jadi sangat rangup. Jom layannn....

 
 
 
 
 
Paru Sambal Berlado Yang Sangat Sedap

Bahan rebus:
700 gram paru
2 hiris halia
1 batang serai - ketuk
Sedikit garam

Bahan tumbuk kasar:
9-10 tangkai cili merah - boleh guna cili kering kisar
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 inci halia

Bahan lain:
1 batang serai - ketuk
2 sudu besar gula atau secukupnya
Garam
1 keping asam keping

Cara cara:
Paru direbus bersama halia, serai dan garam sehingga empuk dalam 30 minit sehari sebelum dimasak. Masak sampai paru tak liat. Cucuk dengan lidi atau cake tester untuk dicucuk tengok kalau dah tak liat. Tos kan airnya.
 
 
 
 
 
Bila sejuk, baru dipotong nipis nipis. Paru dilumur sedikit garam jika suka dan biarkan seketika.
 
 
 

 
 
Panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng paru (pastikan tenggelam dalam minyak yang banyak). Sentiasa dibalik balikkan supaya garingnya rata. Bila sudah garing, angkat dan ketepikan.
 
 
 
 
 
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama dengan serai, sehingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan gula, sedikit garam dan asam keping. Mesti ada rasa manis manis sikit, baru sedap.
 
 
 
 
 
Akhir sekali, masukkan paru yang telah digoreng dan gaul sebati.

Nota:
Rahsia mendapat gorengan rangup adalah menggunakan api besar.

Jika mahukan paru yang kekal rangup, biarkan sambal sejuk sedikit, baru dimasukkan paru goreng dan kacau rata.  


3 comments:

  1. paru goreng yang sedap mmg selalu cepat habis...terima kasih kongsikan resipi...boleh la cuba nnti...xpernah lg goreng sendiri di rumah....

    ReplyDelete
  2. OMG! Kak Azie, this paru is one of my favorite dishes to pick at nasi campur stalls. But not so easy to get because they don't cook this all the time. Besides, like your experience, cepat habis! Thanks for sharing the recipe. My only problem now is to get the paru.

    ReplyDelete
  3. Paru sambal berlada ni memang menjadi kegemaran. Terima kasih kerana berkongsi resepi.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.