Iklan

Iklan Nuffnang

25 Oct 2016

Masak Lemak Cili Padi Paru






Kita pasti tak percaya jika jumlah warga asing di negara kita telah meningkat lebih dari 6 juta. Ke mana mana pergi pasti kita akan bertemu dengan warga asing. Ada setengah lokasi di ibu negara, kita akan terasa seolah kita pelancung. Ya pelancung di negara sendiri dek kiri kanan depan belakang kita adalah muka muka warga asing. Tengok sahaja di restoran, di bank di pasar raya dan banyak lagi. Belum lagi di sektor pembinaan, perladangan dsb. Kenapa ini semua berlaku? Adakah kerana ketamakan segelintir manusia yang memperdagangkan manusia demi mengaut keuntungan besar? Jika begitu ramai cheap labour yang menguasai bidang pekerjaan di Malaysia, di mana anak tempatan mencari rezeki. Majikan yang ingin untung besar akan menggaji rakyat asing dengan bayaran gaji yang rendah. Syarikat syarikat pembekal kakitangan keselamatan berebut membawa masuk pekerja asing. Di mana rasa tanggungjawab pada negara dan pada rakyat negara ini. Tidak adakah rasa tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan? Orang tempatan ada keluarga yang perlu disara, ada rumah yang perlu dibayar. Bukan seperti warga asing yang hanya tinggal di rumah kongsi. Jadi tidak adil untuk tidak membayar gaji lebih tinggi pada warga tempatan. Sesungguhnya harta dan duit yang dikumpul tidak akan membawa ke mana mana bila nyawa telah berpisah dari badan. Sebaliknya jasa yang baik akan terus memberi manafaat hatta selepas kita tiada lagi. Siapa pun kita, lakukan tanggungjawab kita. Sekurang kurangnya tidak redha dengan apa yang dilakukan oleh orang orang yang berkuasa. 

Hari ini saya nak kongsikan resepi Masak Lemak Cili Padi Paru. Biasanya kalau dengar jer paru, pasti yang terbayang ialah paru yang digoreng rangup dan juga paru sambal berlado. Oleh kerana masih ada lebihan paru dari Paru Masak Berlado di SINI, saya pun menanyakan kawan pejabat, apa lagi masakan yang sedap menggunakan paru. Spontan jer dia menjawab masak lemak cili padi atau rendang. Kalau nak memasak rendang, agak banyak bahan yang diperlukan. Jadi saya buat keputusan untuk memasak lemak sahaja. Memang sedap. Ya lah masak lemak apa apa pun sedap. Rasanya masak lemak cili padi ini cukup sinonim dengan nogori. Kuahnya yang lemak dan hanya menggunakan cili padi dan kunyit hidup sahaja. Bahan lain seperti serai atau daun kunyit hanyalah aksesori. Boleh diletak atau boleh jika tak mahu memasukkannya.

Jom layan resepi masak lemak cili api paru. Seperti biasa kalau nak tengok video semasa penyediaan lauk ini, kena singgah di Instagram Azie Kitchen.





Masak Lemak Cili Padi Paru
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Paru - rebus dan hiris
7 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup
1 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit
1 asam keping
Garam secukupnya
1 kotak santan kotak

Cara cara:
Paru direbus dalam 30 minit sehingga empuk. Angkat tos dan sejukkan sebelum dihiris.

Tumbuk cili padi dan kunyit sehingga lumat. Masukkan bahan tumbuk, serai dan daun kunyit ke dalam kuali bersama paru dan dikacau rata atas dapur. Tuangkan sedikit air. 



Bila air mendidih, masukkan santan kotak. Kacau rata. Masukkan garam dan asam keping. Kacau sehingga masak dan sesuaikan rasa. Bolehlah diangkat dari dapur dan sedia untuk dihidangkan.


5 comments:

  1. Sangat setuju dengan keluhan Azie tentang warga asing di Malaysia. Sungguh membimbangkan, merimaskan dan sangat tidak selesa.

    ReplyDelete
  2. Kak Azie, masak lemak cili padi is one amazing dish. So few ingredients, easy to cook and yet the flavors are fantastic. It's nice to know that paru can be cooked this way too. Sedap!

    ReplyDelete
  3. Sy juga stuju dgn keluhan kak azie.. pi mana2 pun boleh nampak warga asing. Tapi sy sdih sdikit dgn sikap warga tempatan kita yg suka memilih kerja dan kurang bertanggungjawab atas tugas yg diberikan. Sy selaku pengusaha beberapa buah kdai makan. Mmg cuba sedaya upaya utk elak dr amik pekerja asing.. bahkan kos utk permit, levi n medical smua itu bukan murah disamping kita harus sdiakan tmpat tinggal dn mnjaga smua kbajikan mereka. Masalah yg sy sering hadapi pekerja warga tmpatan seringkali buatkan sy mnghadapi pelbagai masalah. Cth sering tidak masuk kerja, sgt memilih kerja, masalah dgn pemakain, kerap pinjam wang, merokok sesuka hati, dan byk lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju. Berdasarkan pengalaman sendiri. Memang ada masalah dg warga tempatan.

      Delete
  4. Kak Azie, tak pernah lagi paru buat masak lemak mcm ni. selalu buat sambal or rendang.. ha, bole try ni ;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.