Iklan

Iklan Nuffnang

30 Oct 2016

Ikan Sebelah Goreng Berlado Yang Sedap






Pagi pagi cuti Deepavali saya dan Hubby ke Pasar Taman Tun. Dalam kepala dah ada macam macam senarai barangan yang ingin dibeli. Terutama tekak yang mengidam nak makan ikan sebelah. Hmm puashati kerana ikan sebelah yang ada besar dan bertelur pula. Dalam perjalanan balik, tiba tiba hati menjadi sedih. Mungkin sebab kebelakangan ini kesihatan saya sedikit terganggu menyebabkan saya jadi takut. Takut sekiranya umur tidak panjang dalam keadaan bekalan yang sangat sedikit. Saya meminta Hubby berjanji untuk sama sama menunaikan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah di surau. Tidak ada apa lagi yang saya ingini dalam hidup ini selain melihat anak anak gembira dan berjaya di dunia dan akhirat. Buat diri saya sendiri, saya tiada lagi apa apa keinginan untuk bermewah atau menunjuk nunjuk. Hmm memang tak patut pun kita merasa diri kita lebih pada orang lain. Saat kehancuran seorang manusia ialah bila dia merasakan dirinya lebih hebat dari orang lain. Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada rasa sombong. Saya kuatir kerana kadang kadang kita tidak mampu menepis perasaan ini. Malah dalam diri saya, perasaan bercampur baur. Saya merasa sedih dan kesian melihat kehidupan orang yang susah dan dalam masa yang sama, saya bersungguh sungguh berazam membuang sifat sombong dalam diri. Tak ada apa yang perlu nak disombongkan pun tetapi bisikan syaitan yang sentiasa cuba mengoda manusia. 

Ya Allah jauhkan kebimbangan dan dukacita dihati, berilah kemudahan untuk hadapi apa jua masalah, berilah kami bantuan, berilah kami rezeki yang tak disangka sangka. Berilah kami hidup tenang di dunia dan syurga di akhirat. Ini lah doa yang diajar oleh Arwah Ustaz Zaid yang meninggal secara tiba tiba di saat saya masih ingin banyak belajar dari beliau. Beliau masih muda sebenarnya. Jadi memang ajal tak mengenal usia. Beliau adalah antara ustaz feveret yang kuliah dan kata katanya berjaya membuka mata dan menampar pipi saya supaya sedar akan hakikat dunia yang penuh tipu daya. Sebelum itu saya juga kehilangan Ustaz Rasyid dalam kemalangan di Kemboja yang juga ustaz tempat rujukan yang banyak membantu saya. 

Masuk bab resepi, seperti yang saya tulis di atas, entah kenapa teringin betul nak makan ikan sebelah. Asalnya mahu digoreng garam kunyit sahaja. Tapi bila melihat ikan sebelah yang besar, dipotong 4 pun masih besar, jadi saya buatkan lah sambal berlado. Ikan sebelah ini penuh dengan telur. Memang berbaloi dengan harga yang dibayar. Saya memang suka ikan masak sambal berlado. Ringkas tapi sedap jer. Lebih lebih lagi menggunakan cili merah. Yang penting, ianya sangat cepat disediakan. Saya tak mahulah menyediakan masakan yang remeh tapi rasanya sama sahaja dengan masakan yang ringkas dan simple simple aje. Jom layan resepi di bawah ini. Juga jangan lupa, melihat video di Instagram Azie Kitchen ya... 





Ikan Sebelah Goreng Berlada

2 keping Ikan Sebelah - lumur garam kunyit dan goreng
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 sudu besar cili kisar
Sedikit air asam jawa
Gula

Bahan tumbuk:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang cili merah

Cara cara:
Goreng ikan sehingga masak. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk diikuti dengan cili kisar sehingga cili masak.






Masukkan gula dan sedikit air asam jawa. Sesuaikan rasa dan masukkan bawang besar dan ikan goreng. Kacau sebati. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan.



5 comments:

  1. Kak Azie, that looks spicy and delicious. I wonder what is ikan sebelah, I will find out. I am so hopeless with fish!

    ReplyDelete
  2. nampak sedap sgt kak ... lauk ni jepun dah cukup tambah syur sikit

    ReplyDelete
  3. Sedapya kak azie.. blum prnah rasa ikan sebelah. Kalo jumpa.nak try beli n masak style kak azie.

    ReplyDelete
  4. Lemon sole is the English name

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.