Iklan

Iklan Nuffnang

30 Sep 2016

Terung Bercili Pedas Yang Sedap Serta Perlunya Penghijrahan Cinta



Kita akan menyambut Maal Hijrah esok. Tapi apa erti hijrah pada kita? Orang yang melihat Allah kecil dan melihat pemberian Allah sebagai besar, akan bekerja bersungguh sungguh untuk mencapai apa yang diingini. Di ketika ini, apa yang kita perlu lakukan bukan lah seperti penghijrahan di zaman Rasulullah yang penuh dengan cabaran dan ancaman. Rasulullah hanya berhijrah selepas mendapat perintah Allah. Ketika ini apa yang perlu kita lakukan adalah melakukan penhijrahan minda, penghijrahan keyakinan, penghijrahan sikap, penghijrahan cinta dan banyak lagi. Apa makna atau nilai di sebalik sambutan Maal Hijrah adalah untuk kita memperbaharui azam. Dengan berhijrah kepada mencintai Allah. Orang yang solat adalah orang yang sangat cintakan Allah. Solat berjaya mencegah perbuatan mungkar. Tapi cukup ke dengan sekadar solat kalau kita belum bercinta dengan Allah dan Rasulullah. Bagaimana gelagat mereka yang sedang bercinta? Pasti akan sentiasa merindui dan akan sentiasa bertanya khabar di setiap saat, kan? Bagaimana dengan kita? Adakah kita begitu dengan Allah dan Rasulullah? 

Kuliah Ustazah Dr Rubiah K Hamzah hari ini juga berkongsi berkenaan kisah sedih seorang isteri berkerjaya bila mendapat tahu suami mulai curang. Kalau sepasang suami isteri tidak lagi bersembang dan berbicara. Kalau dalam kereta boleh tidur, maknanya emosi antara keduanya adalah zero. Kalau saling tak lagi peduli satu sama lain. Itu juga tanda tiada lagi perasaan cinta antara keduanya. Selama ini beliau tidak pernah ambil peduli apa kegiatan suami, tidak pernah cuba membaca handphone suami, dengan siapa suami selalu ber whatsapp jauh jauh malam sehingga satu hari, beliau terbaca whatsApp intim dan mesra suami dengan perempuan lain. Ianya telah mengubah sikap beliau dari tidak peduli kepada menjadi sangat "concern" dengan cuba mencuri curi baca mesej di dalam handphone suami dan berubah menjadi sangat penyedih. Itu maknanya "direct line'' dari Allah. Peringatan dan mesej dari Allah supaya melakukan penghijrahan cinta. Supaya hanya mencintai Allah. Kebanyakan perkahwinan yang gagal adalah kerana isteri mencintai suami lebih dari mencintai Allah, juga mencintai dunia lebih dari cintakan akhirat. Sedangkan jika kita cintakan Allah, tak perlu untuk kita mencari kecurangan suami kerana Allah pasti akan menunjukkan kecurangan suami di satu masa kelak. Lagi pulak, mencintai suami tidak dapat memberi jaminan kebahagiaan. Kerana kunci kebahagiaan adalah pada Allah. Allah yang Maha Suci, Maha Berkuasa, Maha Pelembut.

Kena segera untuk melakukan penghijrahan azam sebagai contoh, aku jaga suami kerana Allah. Jangan simpan sampah dan fikiran negatif. Kita akan nampak apa yang kita fikir. Bila benda kotor banyak, benda baru tak dapat masuk. Jasad kita adalah pinjaman dari Allah. Siapa yang mengurus jasad ikut perintah Allah, Insya Allah iblis takut. Hari ini jom sama sama mulakan berhijrah. Cintakan Allah dan Rasulullah lebih dari segala cinta di dunia ini. Pertama, jadikan jasad kita paling bersih di sisi Allah. Semua anggota jasad kita. Bangun tidur, bersyukur terlebih dahulu kerana masih boleh bangun, kaki masih boleh berjalan. Mata masih boleh melihat dsb. Kedua, basuh segala anggota jasad dari semua dosa. Ubah cara pandangan mata. Ubah pandangan mental. Jangan mudah mentafsir. Jangan cepat percaya dengan apa yang kita tengok tanpa bukti. Jaga telinga supaya tidak mendengar sampah. WhatsApp jangan dibaca semua. Baca yang mana mana penting sahaja. Banyak memberi dari menerima. Jika tidak suka dengan boss, banyakkan bersabar. Ingatkan bahawa boss yang sombong dengan pekerja adalah boss yang sombong dengan Allah. Buat semua pekerjaan dengan rasa ibadah. Antara cara membersihkan jasad ialah dengan setiap kali memakai baju, akan mulakan dengan doa. Malahan apa sahaja, lakukan kerana Allah. Ianya adalah peringatan buat saya sendiri. Selamat berhijrah buat saya.

Sebelum sampai ke penghujung, saya ingin menulis sedikit bab resepi yang saya kongsikan hari ini. Telah lama 4 batang terung terperap dalam peti. Sayang pulak jika rosak dan terpaksa dibuang begitu sahaja. Jadi semasa melayan IG ternampak Ina memasak terung bercili pedas. Bahan asas masakan beliau boleh dikatakan sama sahaja iaitu cili merah, cili hijau, cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan. Bahan lain opsyenal bergantung kepada apa yang dimasak iaitu serai, daun kunyit, kunyit hidup dan asam keping/asam jawa. Bayangkan dengan bahan asas tersebut, pelbagai jenis masakan dapat disediakan dari masak lemak, masak pindang, telur goreng pecah, nasi goreng, sayur goreng dsb. Yang penting kita mesti menggunakan kreativiti masing masing dalam menyediakan masakan buat keluarga tersayang.

Jom layan resepi lauk kegemaran saya ini. Lebih lebih lagi jika menggunakan terung yang kecil dan lembut.



 
Terung Bercili Pedas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Terung 
Ikan bilis

Bahan tumbuk kasar:
4 batang cili merah
1 batang cili hijau
3 tangkai cili padi
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Belacan - opsyenal

Cara cara:

Panaskan minyak. Goreng terung seketika. Angkat dan ketepikan. Kemudian tumis bahan tumbuk sehingga wangi.

Masukkan ikan bilis. Kacau rata sehingga ikan bilis agak masak.

Akhir sekali, masukkan terung dan kacau rata. Masukkan garam secukup rasa. Siap.

 

3 comments:

  1. Terima kasih berkongsi ilmu ... bila kita menyintai manusia, kita kaan penat. Tapi bila kita menyintai Allah dan Rasul pasti kebahagiaan dan ketenangan akan menjadi milik kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Mas. Bila kita mencintai Allah, Allah akan menjaga kita. Tapi menyintai manusia, kita akan penat utk menjaga hati setiap saat

      Delete
  2. Terima kasih ats perkongsian....sayang dn cintai suami kerana Allah....ikhlas memberi dr menerimaa....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.