Iklan

Iklan Nuffnang

25 Sep 2016

Rendang Kacang Panjang Dengan Isi Perut Ayam Nismilan






Saya terpandang masakan Rendang Kacang Panjang Nismilan yang menggunakan kacang panjang dan isi perut ayam yang sungguh nampak menyelerakan. Teringat Lauk Teresek Kacang Panjang yang selalu dihidangkan di majlis kenduri di Kelantan. Cuma Teresek menggunakan keropeh ayam. Hahaha keropeh itu seperti leher, kaki, kepak, hempedal dan hati ayam. Insya Allah nanti saya akan kongsikan resepi Teresek yang merupakan lauk kegemaran saya di majlis kenduri di Kelantan. Setiap kali kakak mengadakan kenduri, saya akan mencadangkan lauk Teresek.

 
 
 
 
 
Resepi ini saya pelajari dari sahabat saya Rafidah Latiff yang merupakan anak jati nogori suami isteri. Dalam sibuk menghadiri Hari Keluarga di Sunway Lagoon, Fidah sempat lagi menghantar resepi melalui Whats App.
 
Serious memang sedap rendang ini cuma rendang kacang panjang saya tak cukup banyak kacang panjangnya. Nama pun rendang kacang, patut kenalah lebih kacangnya. Kedua, saya tak rebus dulu ayam pencen, jadi ayamnya agak liat. Inilah kali pertana saya memasak isi perut ayam ni. Adik yang menjual ayam pencen di pasar pagi Kg Baru Kundang memberitahu organ yang melekat di telur jangan dibuang kerana ianya sangat sedap. Hmm memang sedap. Ada rasa usus muda perut lembu. Kolesterol pun rasanya beribu ribu lemon gak. Haa gara gara nak telur yang banyak, saya kena beli 2 ekor ayam pencen dengan harga RM24. Bila tengok ayam yang disalai teringat masa dulu dulu. Selepas dicelur dengan air panas, cabut bulu, wajib disalai atas api untuk menghilangkan bulu bulu ayam yang halus. Masa dulu kalau nak makan ayam, memang berkeliling rumah mengejar ayam. Kemudian ayam yang ditangkap dikurung dalam sangkar tunggu untuk disembelih.
 
Menu saya hari ini semua berasaskan cili padi. Selepas memasak dan makan, rasa tangan pijar kepanasan dan kepedasan. Selain dari masakan Kelantan, saya memang gemarkan masakan nogori kerana keunikan masakan mereka. Jom layan resepi nogori yang pedas berbisa ini. Jangan lupa layan video Rendang Kacang Nismilan Dengan Isi Perut Ayam di Instagram Azie Kitchen ya. Rugi kalau tak menontonnya...

 

 

Rendang Kacang Nismilan Dengan Isi Perut Ayam

Bahan bahan:
Kacang Panjang - lebihkan
Isi Perut Ayam - hati, hempedal, telur dan perut.
Sedikit ayam telur - saya tambah
Sedikit cili kisar
2 batang serai - dititik
1 keping asam keping
Garam
1 biji kelapa - santan pekat

Bahan kisar:
Segenggam cili padi - kena banyak
2 inci kunyit hidup  
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Rebus hati ayam, hempedal ayam dan telur bersama isi perut ayam. Jika menggunakan juga daging ayam pencen, boleh rebus dahulu dengan pressure cooker.
 
 

 
Dalam periuk lain, masak santan pekat bersama bahan tumbuk, cili kisar dan serai dengan api perlahan sambil terus dikacau.
 
 
 
Bila santan dah menggelegak, masukkan ayam. Setelah ayam masak, masukkan hati, hempedal dan isi perut ayam  yang direbus tadi. Masak sampai kuah hampir kering dan pecah minyak, baru masukkan kacang panjang, asam keping dan garam.
 
 
 
 
 
Setelah kacang lembut, bolehlah tutup api. Selamat mencuba.

Nota:
Saya meletak sedikit isi ayam, jadi selepas santan menggelegak, saya masukkan ayam dulu dan biarkan sehingga ayam masak. Kalau guna ayam pencen, boleh rebus dengan pressure cooker dulu.

Boleh juga jika mahu ditumis bahan kisar sebelum dimasukkan santan pekat.
 
 
 

3 comments:

  1. untuk ingatan bersama puan,jika makan sesekali organ dalaman ayam atau lembu atau lain2, boleh. tapi jangan jd kebiasaan sebab kolestrol tinggi puan. Mak saya dulu mmg suka sangat makan organ. Mungkin dengan takdir Allah jua, mak saya diserang strok dalam usia 60an.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.