Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Ayam Nogori Kegemaran


Rendang Ayam Nogori


Seperti biasa sebelum menulis hal resepi, kita jamu minda kita dengan sedikit petikan dari youtube kuliah Ustaz Jafri Abu Bakar berkenaan amalan mudah yang boleh menghapuskan dosa dan mengangkat darjat. Penghapusan dosa sangat penting. Kita banyak keperluan nak minta dengan Allah. Seorang sahabat bertanya, Dalam banyak banyak keperluan, apakah permintaan yang paling afdhal. Kata Rasulullah, doa paling afdhal adalah meminta keampunan. Ini adalah kerana meminta keampunan adalah bersangkut paut dengan bab dosa. Orang yang banyak beristighfar dan minta ampun, selain dari diampun dosa, Allah akan lepas kan dia dari gundah gelisah, Allah akan melepaskan dia dari kekusutan dan masalah. Akhir sekali, Allah akan bagi rezeki yang tidak disangka sangka. Kedua akan diangkat darjat. Apa sahaja yang Nabi ajar amalan yang boleh mengangkat darjat, kita kena buat kerana sangat pentingnya darjat. 



Rendang Ayam Nogori

Siapa yang membaca "La ilaha illalloh wahdahu laa syarikalah lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yumitu wa huwa ‘ala kulli syaiin qodiir" sebanyak 10X selepas solat Maghrib dan Subuh, 3X untuk lain lain solat. Beliau akan mendapat 10 pahala sebesar 10 Bukit Uhud. Allah akan ampunkan 10 dosa dan Allah akan angkat dari nya 10 darjat. Dengan syarat tak bercakap apa apa dan kaki masih dalam kedudukan tahiyat akhir. Rugi sangat kalau tak buat. Bila diangkat darjat akan dapat kemuliaan hidup di mana di dunia akan hidup tenang dan mati dengan membawa pahala yang banyak. Kubur akan jadi lapang. Di padang Masyhar dapat perlindungan arasy Allah. Masuk syurga Allah tanpa hisab. Jom lah sama sama amalkan semasa nyawa masih dikandung badan. Jangam sia siakan masa yang ada kerana kita tidak tahu bila kita akan dijemput menemui Illahi. 

Selain masakan Kelantan, saya memang suka lauk pauk dari Nogori Sembilan. Saya dapat merasakan keunikan lauk pauknya berbanding dengan tempat tempat lain. Yang sinonim dengan masakan Nogori adalah cili padi. Yang paling saya gemari adalah masak lemak cili padi, tak kiralah ayam ke, ikan ke atau daging. Semua saya suka. Kuahnya berwarna kuning cantik dan pekat berlemak. 

Teringat kali pertama makan masak lemak cili padi ketam sewaktu kami bermalam di rumah Norliza dan Razali. Ketika melihat Liza mengacau kuahnya memang tak sanggup. Api yang digunakan kecil dan dikacau tanpa henti. Selain dari masak lemak cili padi, saya juga sukakan rendang nogori yang juga berasaskan cili padi. Walaupun pedas menyengit tapi sedaaap.

Rendang nogori yang saya pelajari dari Kak Rokiah yang berjualan nasi lemak di Kelana Jaya. Sangat sedap lauk rendang ayam yang dijual di situ. Dari situlah, saya meminta resepi dengan tak tahu malunya. hahaha. Tapi secara jujur, saya belum berjaya untuk menghasilkan rupa rendang ayam yang dijual di situ. Bayangkan dari segi rupa pun belum sama, apalagi rasanya. Jadi jangan risau untuk berkongsi resepi walaupun kita berniaga kerana hasil masakan adalah bergantung pada air tangan. Walaupun menggunakan resepi yang sama tapi hasil pasti tidak sama. 

Boleh klik di SINI dan di SINI untuk entri Rendang Ayam Nogori yang saya sediakan sebelum ini. Satu entri, saya gorengkan dulu ayam seketika supaya tidak mudah hancur. Jika anda seronok mengikuti penyediaan rendang ayam nogori ini dalam bentuk video, jangan lupa lawati Instagram Azie Kitchen.

Jom layan resepi rendang ayam nogori yang sedap bukan sahaja dimakan dengan nasi putih tetapi juga dengan pulut kuning atau lemang.


Rendang Ayam Nogori


Rendang Ayam Nogori

Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam kunyit & goreng seketika
2 pek santan pekat - dari 2 biji kelapa
1 sudu besar kerisik
Serbuk kunyit
Garam
Gula
Beberapa helai daun limau purut

Bahan  kisar:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 batang serai
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
1 inci halia
Segenggam cili padi - ikut pedas disukai
1 sudu kecil cili kisar - jika suka warna sedikit kemerahan

Cara cara:

Panaskan minyak dan goreng ayam seketika. Angkat dan ketepikan. Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan ayam dan kacau rata.

Masukkan santan pekat dan biarkan sehingga pecah minyak.

Masukkan kerisik, garam dan gula. Sesuaikan rasa. Akhir sekali, masukkan daun limau purut. Bolehlah ditutup api mengikut kepekatan yang disukai. Jika mahu rendang yang kering, panaskan lama lama dengan api perlahan sehingga kering.


Nota:
Memang tidak diletak asam. Tapi jika suka, boleh masukkan asam keping




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Rendang Ayam Nogori Kegemaran"

  1. yummy...bru rietta tahu ada rendang negeri sembilan....biasa dengar rendang, rendang tok je...banyak lagi yang rietta kena belajar ni...

    BalasPadam
  2. thank u untuk info amalan selepas solat tu...resepi kt sini mmg best. dah byk sy cuba...tq kak azie.

    BalasPadam
  3. Kak zie yang dalam gambar tu akak letak asam keping x? Asam keping ni untuk bagi ade rase masam2 sikit ke?

    BalasPadam
  4. Maaf kak Azie. Saya orang negeri sembilan cuma nak bagitau, resepi original rendang nismilan tak bubuh daun limau purut dan lengkuas. Apa2 pun resepi kak Azie memang biasanya sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam mummy. Blh share resepi ori rendang nismilan. Utk pelbagaikan koleksi resepi.

      Padam