Iklan

Iklan Nuffnang

12 Aug 2016

Nasi Goreng Kampung Sempoi Tapi Sedap






Kebelakangan ini dan mungkin sehingga penghujung tahun, saya agak sibuk dan akan sibuk dengan urusan keluarga. Jadi masa untuk mengemaskini blog akan lebih terhad. Namun begitu, anda masih boleh google pelbagai resepi di dalam blog ini. Insya Allah, macam macam resepi mudah telah saya kongsikan. Jika ingin mengetahui perkembangan terkini atau aktiviti saya, boleh follow instagram Azie Kitchen. Hari ini saya cuma nak share, masakan yang cukup sinonim dengan masyarakat kita tak kira pagi siang atau malam iaitu nasi goreng. Nasi goreng ini disediakan sebagai sarapan pagi sementara saya memasak untuk jamuan makan makan di rumah tempoh hari. Sambil menyediakan bahan bahan untuk membuat begedil, saya memasak nasi goreng. Kebetulan ada lebihan nasi putih yang disimpan dalam peti sejuk. Kalau hendak memasak nasi goreng, sedap menggunakan nasi yang telah semalaman. Kalau di kampung, dipanggil nasi dingin. Bila memasak nasi goreng, saya tidak terikat pada resepi tetapi akan memasukkan apa sahaja yang tergerak di hati. Lebih lebih lagi bahan yang tersedia dalam peti sejuk. Yang paling saya suka ialah ikan bilis. 

Jom layan resepi mudah yang saya gunakan untuk menyediakan nasi goreng di bawah ini. Jom layaaan...





Nasi Goreng Kampung Sempoi
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Nasi putih
2 biji telur
1 mangkuk sayur kobis
1 batang karot - potong dadu
Segenggam ikan bilis - tumbuk kasar
1-2 sudu besar cili kisar
Garam

Bahan tumbuk:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak sebelum dimasukkan ikan bilis tumbuk dan tumis lagi seketika.

Masukkan pula karot dan masak sehingga agak lembut. Masukkan pula sayur kobis. Kacau rata.

Ketepikan bahan yang digoreng dan pecahkan telur. Kacau rata telur seketika sehingga ianya separuh masak. Tuang kan nasi putih. Kacau rata.

Akhir sekali, masukkan garam dan sedia untuk dihidangkan. Taburkan daun bawang atau daun sup serta bawang goreng.




11 comments:

  1. waa.. feveret nih.. tq sharing. =)

    done follow =)

    ReplyDelete
  2. Kalu ada ikan rebus goreng lg sedap ni

    ReplyDelete
  3. Buh cili padi tumbuk kasar lg kick nih...😃

    ReplyDelete
  4. Buh cili padi tumbuk kasar lg kick nih...😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah nnt nk cuba. Terima kasih atas suggestion

      Delete
  5. Setuju dengan Kartina Ahmad

    ReplyDelete
  6. ikan bilis tu kena goreng dulu ke ? ke terus tumbuk ikan bilis ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak goreng dulu. Hanya tumbuk kasar.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.