Iklan

Iklan Nuffnang

18 Jul 2016

Takbir Malam Raya Rumah ke Rumah






Tahun ini adalah tahun pertama saya menyertai program takbir malam raya dari rumah ke rumah. Sebelum ini saya tiada di rumah kerana mengerjakan umrah pada akhir Ramadhan. Oleh kerana pengalaman pertama, jadi saya tak tahu kalau tiada jemaah wanita yang menyertainya. Saya pula bersolat Isyak di surau jadi selepas solat saya terus ikut rombongan jemaah. Nasib baik Ayu, isteri Ustaz Ahmad Muaz ada turut bersama. Kali ini 7 buah rumah menyertai program takbir malam raya. 

Bila tiba di rumah pertama, saya agak terkejut bila banyak hidangan yang disediakan sedangkan rumah saya tiada apa apa makanan kecuali biskut raya, lemang dan rendang sahaja yang telah siap dimasak. Hidangan lain semua sedang disediakan. Aduh hati agak risau kerana memikirkan hidangan kami yang amat ringkas. Nasib baik, rumah kami adalah rumah kelima. Sekurang kurangnya ramai yang dah makan di rumah sebelum kami. Jom kita layan gambar gambar diambil dari rumah pertama dan kedua di bawah ini.







Seterusnya di bawah ini adalah gambar gambar diambil dari rumah ketiga dan keempat.







Gambar gambar diambil di rumah kami yang merupakan rumah kelima dan takbir di rumah keenam dan ketujuh.







Apa apa pun, program ini selain untuk bertakbir raya, ianya juga lebih kepada menjalin ukhwah dan persaudaraan sesama jiran dan jemaah. Kehadiran tetamu di rumah pasti menambah keberkatan kediaman kita. Penyertaan ramai kanak kanak juga telah menambahkan kemeriahan program takbir malam raya pada tahun ini.  Semoga program ini dapat terus dikekalkan pada tahun tahun mendatang...


4 comments:

  1. seronok juga, lama tak rasa takbir dari rumah ke rumah. tahun ni merasa marhaban dari rumah ke rumah. seronok jumpa jiran tetangga.

    ReplyDelete
  2. selamat malam, rajin update blog ye..hehe..syira lokman datang intai blog lagi :D alhamdulillah, meriah ye

    ReplyDelete
  3. takbir rumah ke rumah still ada lg kat tempt sy, thun ni je xsempt join sbb raya di kmpong. selamat hari raya kak

    ReplyDelete
  4. Memang patut sangat amalan ini diteruskan pada masa akan datang.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.