Iklan

Iklan Nuffnang

14 Jul 2016

Pajeri Nenas Hidangan Pagi Raya






Bila sebut sahaja pajeri, pasti selera saya akan terbuka dengan serta merta. Yang kenyang pun akan terus jadi lapar. Kuah pajeri yang pekat tu sangat sedap digaul dengan nasi putih panas panas, makan pulak dengan ikan cencaru sumbat dan telur masin. Hmm memang kombinasi lauk yang cukup sedap pada saya. Jika sebelum ini saya menggunakan Pajeri Nenas yang tidak menggunakan santan untuk digandingkan dengan nasi minyak di SINI tapi kali ini, saya menggunakan pajeri nenas berempah pula. Sekadar mencari kelainan. Pajeri nenas selain dari pajeri terung, memang lauk kesukaan saya. Jadi saya belajar cara ntuk menyediakannya sehingga ianya kena dengan selera saya. Bak kata Wan Chu membuat pajeri tidak sama dengan membuat kari nenas. Ianya haruslah berempah, pekat dan hanya menggunakan sedikit sahaja santan pekat.

Pajeri saya hari ini, memang terbaik dan sangat sedap. Resepi asal pajeri nenas ini adalah resepi yang saya pelajari dari Kak Halimah, rakan sekerja lebih 25 tahun yang lalu di SINI. Saya olah dengan mengambilkira resepi pajeri terung Wan Chu di SINI. Boleh lihat video yang saya sediakan di bawah ini.




 


Jom layan resepi pajeri nenas yang telah saya ubahsuai dan olah di sana sini bagi disesuaikan dengan citarasa saya sendiri.






Pajeri Nenas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 biji nenas - potong dan perap dengan sedikit gula
2 paket kecil/50 gram rempah kari daging Babas
1 paket kecil kerisik
1 mangkuk kecil santan - 1 plastik kecil
2 sudu kecil garam atau secukup rasa
3 sudu besar gula atau secukup rasa
Serbuk perasa
Udang hidup

Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
Segenggam udang kering

Cara cara:
Nenas diperap dengan sedikit gula dan biarkan seketika. Kemudian dicelur seketika, tos dan ketepikan.






Tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukkan rempah kari kering (tak dibancuh dengan air) dan kacau rata cepat cepat. Masukkan sedikit santan supaya tidak hangit dan kacau rata.




Kemudian masukkan baki santan, garam, gula, serbuk perasa serta kerisik supaya kesemua sekali masak mesra. Masukkan udang hidup, jika suka. Akhir sekali, masukkan nenas dan sedikit air sehingga agak agak nenas tenggelam sahaja.





Akhir sekali, masukkan nenas dan sedikit air sehingga agak agak nenas tenggelam sahaja. Masak dengan api sederhana sehingga nenas lembut dan kuah pecah minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.







1 comment:

  1. Nampak sedap sgt, In Shaa Allah nk cuba since ni lauk fav husband. Thank you kak for the recipe :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.