Iklan

Iklan Nuffnang

31 Jul 2016

Mee Maggi Goreng Mamak Sedap




Petikan kuliah Ustaz Jafri Abu Bakar di youtube yang sangat menarik buat renungan kita semua. Setelah menpunyai ilmu, mungkin sekarang kita telah berhati hati untuk tidak melakukan sesuatu yang berdosa, tapi dosa dulu dulu dari kita mencapai umur baligh hingga kini masih belum dipadamkan. Apa tandanya kita masih ada dosa? Tandanya kita masih malas nak buat ibadat. Walaupun kita tahu kelebihan sesuatu ibadah, tapi masih tidak mahu melakukannya. Contoh, berat untuk melakukan solat solat sunat. Itu tandanya hati masih berselaput dengan dosa. Allah sayang kat kita. Macam mana banyak pun dosa, Allah tetap akan ampunkan dosa. Tanda hati bersih ialah rasa takut nak buat satu yang berdosa. Kalau rasa diri tak ada dosa, tandanya hati masih penuh dengan dosa. Kena sentiasa ingat bahawa Allah sayang kat kita bila kita diberi ujian. Kita akan semakin dekat dengan Allah di kala di timpa ujian. Allah bagi ujian untuk menambah pahala. Bila diberi sakit sikit, tandanya Allah nak ampunkan dosa kita. Allah nak padamkan dosa kita. Bila niat nak jadi baik, pasti ada ujian. Kenapa Allah panjangkan usia kita?

1. Allah panjangkan usia kita kerana Allah nak padamkan dosa kita yang lalu. Allah bagi peluang kita bertaubat supaya dapat padamkan dosa yang lalu. Kalau boleh, menangislah dengan dosa yang telah dilakukan. Syarat bertaubat adalah, pertama istighfar. Peruntukkan sehari untuk benar benar beristighfar. Kedua, mesti rasa menyesal dengan apa yang telah kita buat dulu. Kalau tengok orang tua, ulamak ajar untuk kita berfikir mesti banyak pahala amalan dia. Aku sikit. Bila tengok budak kecil, katakan dalam hati, untung dia dosa sikit. Aku dosa banyak.  Ketiga, berazam dalam hati tak nak buat lagi dosa lalu. Akhir sekali, jangan ceritakan dosa kita pada sesiapa. Jangan berbangga bangga. Nanti Allah tak terima taubat kita. Allah sembunyikan dosa kita, jadi jangan kita sendiri yang membukanya. 

2. Bila Allah panjangkan umur kita kerana Allah hendak bagi peluang kita membuat amalan yang cukup. Kalau tahu usia kita terhad, kenapa tak nak maksimumkan ibadat. Mengaji di masa lapang, bukan tengok TV. Nak letih kat dunia atau nak letih di akhirat. Sementara hidup, perbanyakkan istana di syurga kerana kita akan hidup di akhirat selama lamanya. Caranya dengan membaca surah Al Ikhlas sebanyak 10x.  Setiap kali lepas solat fardhu, jangan lupa membaca ayat Kursi. Maka tidak akan ada apa yang menghalang masuk syurga melainkan mati. Maknanya mati, terus masuk syurga. Baca surah Kafirun masa di tempat pembaringan sebelum tidur, sebagai pembebasan syirik pada Allah. Kesemua ini adalah amalan mudah yang boleh membantu menambah amalan kebaikan kita.

Sekarang kita masuk bab masakan pula. Hari ini masakan dari Maggi. Saya belajar resepi ini dari Chef yang membuat demo masakan Maggi semasa pelancaran program Maggi 1,2,3 di Tesco Mutiara Damamsara minggu lalu. Dengan tema cipta resepi lazat dan seimbang bersama Maggi. Ada orang yang bila mendengar Maggi akan rasa takut. Sebenarnya mee Maggi dibuat dari gandum sebenar dari Australia. Manakala perencahnya pula disediakan dari bahan bahan serta rempah asli seperti mana memasak kari biasa. Ianya dimasak sehingga pecah minyak. Itu apa yang saya dengar dari pihak Nestle. Tapi apa apa makanan sekali pun tak boleh diambil dalam kadar yang berlebihan. Untuk menjadikan pemakanan yang seimbang, kita kenalah menambahkan protein dan lain lain vitamin serta bahan berkhasiat. Antaranya ayam, udang, sotong, telur, karot, kobis dan sawi. Semua ini bahan berkhasiat dan diperlukan oleh kita semua. Itu yang dimaksudkan seimbang. Maknanya ada pelbagai kumpulan seperti dalam piramid pemakanan. Mee Maggi Goreng Mamak memang sangat popular di restoran mamak atau nasi kandar. Jika disediakan sendiri, pasti lagi sedap dan terjamin kebersihan bahan serta cara penyediaannya. Saya memasak 3 bungkus untuk dimakan sebagai brunch untuk saya, Boy dan Aween. Memang sedap dan sangat menjimatkan. Kami hanya menggunakan 2 pek perencah sahaja. Tak perlu ditambah apa apa lagi. Semua sudah secukup rasa. Kalau diletak sedikit sawi atau daun ketumbar, pasti lagi cantik dan berwarna warni. Tapi saya tak letak kerana tiada stok di rumah. Nak tengok bagaimana saya menyediakannya, boleh layan video yang saya sediakan di Instagram Azie Kitchen. 

Jom layan resepi mudah mee Maggi goreng mamak yang sangat sedap ini...





Mee Maggi Goreng Mamak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 paket Maggi perisa Kari - rebus
2 paket perencah Maggi kari
Sayur - karot, kobis dan sawi
1/2 labu bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
4 keping tauhu kering 
5-6 ekor udang - rebus seketika
2 biji telur 
2-3 tangkai cili padi - ketuk (opsyenal)

Cara cara:
Panaskan minyak dalam anggaran 2-3 sudu besar. Tumis bawang besar dulu sehingga layu, baru masukkan bawang putih. Setelah wangi, masukkan udang. Kacau rata. 





Masukkan pula Maggi. Maggi direbus dalam 2 minit. Angkat dan tos. Lalukan bawah air paip. Kacau rata. 

Masukkan pula karot dan perencah kari maggi. Masukkan pula sayur kobis dan sayur sawi serta tauhu. 





Akhir sekali tuangkan telur dan kacau rata. Sebelum dihidang tabur cili merah hiris dan hias dengan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan. 

4 comments:

  1. selamat malam..syira lokman singgah sini nak bisik bisik...hehehe..nantikan giveaway di blog syira lokman tau ! tak lama je lagi..tunggu :D

    ReplyDelete
  2. Tq UNTUK RESEPI NI KAK AZIE ...

    ReplyDelete
  3. Salam kak. sesekali pekena maggi goreng mamak pun sedap jugak. Tq kak share resepi.

    ReplyDelete
  4. Kak azie mmg the best. Semua resepi yg sy taip kt google sume kak azie ade.. jd sy mmg akn bukak blog akk je. Maceh banyak2 kak share ilmu ��

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.