Iklan

Iklan Nuffnang

21 Jul 2016

Kobis Goreng Mamak Sedap






Bulan Ramadhan adalah bulan yang seolah pesta ibadah. Manusia berlumba lumba menambahkan amalan. Persoalan sekarang ialah bagaimana ingin mengekalkan amalan tersebut secara istiqomah. Maklum sebulan bulan Ramadhan sepatut telah cukup untuk melatih diri kita untuk mengekalkan amalan selepas keluar dari bila Ramadhan. Antara amalan mudah dari video Ustaz Jafri Abu Bakar yang harus kita buat adalah seperti berikut:

1. Selepas solat Maghrib dan Subuh, sebanyak 10 kali, solat lain 3 kali, baca "Laa ilaa haillallaahu  wahdahuu laa syarikalah. Lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit. Wahua ala kulli syai'in qodir". Dengan syarat tidak berkata apa apa selain dari itu dan kaki masih dalam tahiyat akhir.  Nota: ramai yang cepat mengalih kedudukan kaki. Ganjarannya ialah Allah bagi 10 pahala kebajikan, Allah angkat 10 dosa kejahatan,  Allah angkat 10 darjat, Allah jauhkan dari gangguan syaitan pada hari tersebut, Allah jauhkan dari musibah yang dia tak ingin. 

2. Membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat fardhu. Tiada yang dpt menghalangnya  masuk syurga melainkan dia mati. Kalau imam tak membacanya, kita bacalah sendiri kerana hubungan makmun dengan imam telah selesai selepas memberi salam. 

3. Baca surah Al ikhlas 10 kali sehari. Allah akan membina sebuah istana untuk kita di syurga. Untuk menjadikan supaya tidak lupa, jadikan amalan membacanya selepas membaca surah Al Mulk sebelum tidur. Surah Al Mulk akan membela kita semasa di dalam kubur. Mesti baca tiap tiap malam. Amalan mudah yang patut diamalkan setiap hari. Ianya bukan amalan baru tetapi bila kita tidak mengetahui kelebihannya, kita tidak akan jadi istiqomah. Bila rajin, kita lakukannya bila malas kita tinggalkan. Tapi jika kita tahu kelebihannya, tak kira apa keadaan sekali pun, kita akan gagahkan diri untuk melakukannya. Jom sama sama amalkan malam ini juga. 

Masalah utama bab sayur di rumah kami adalah anak anak tak sukakan sayur sayuran. Bila sayuran dimasukkan dalam nasi goreng, mereka akan menguis nguis sayur ke tepi. Jadi kalau memasak sayur untuk dimakan seorang, maka agak tinggilah tahap kemalasannya. Semasa di bulan Ramadhan, saya berbuka puasa di surau. Lauk dan sayur yang disediakan walaupun simple, sangat kena dengan selera. Maklum bahan bahan segar digunakan dan dimasak secara bergotong royong sesama jemaah. Antara sayur yang saya suka sayur kubis digoreng dengan karot. Tiada bahan lain pun yang dimasukkan. Tapi rasanya sangat sedap. Dek teringat keenakannya, maka hari ini saya memasak sayur goreng kubis ala mamak. Sangat sedap sehinggakan hampir separuh diratah oleh Aween begitu sahaja sebelum sempat berbuka puasa lagi. Layan video penyediaan Kobis Groreng ala Mamak di Instagram Azie Kitchen. Boleh like, jika anda suka dengan video berkenaan. 

Jom layan resepi mudah yang sangat sedap ini..




Kobis Goreng Mamak

Bahan-bahan:
1/4 biji kobis - potong kecil
1 biji karot - potong mancis
Sedikit hempedal ayam - hiris
1 sudu besar biji sawi
3 tangkai cili kering - gunting pendek-pendek
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 biji bawang besar - hiris nipis
1 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit sos tiram
Garam
Serbuk perasa

Cara cara:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan biji sawi.
Masukkan bawang putih, bawang besar, serbuk kunyit dan cili kering. Tumis hingga wangi.

Masukkan hempedal ayam dan kacau seketika sehingga ianya agak masak.  Masukkan pula karot dan sos tiram. Kacau sehingga karot agak lembut.

Masukkan kobis serta sedikit garam dan serbuk perasa.

Gaul rata hingga kobis dan karot masak. Tak perlu masukkan air ya. Sedia untuk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.