Iklan

Iklan Nuffnang

12 Jul 2016

Hari Raya Aidil Fitri 2016 Yang Sangat Bermakna





Setelah lebih 4 tahun saya tidak balik berhari raya di kampung halaman, kepulangan kali ini sangat bermakna dalam hidup saya. Walaupun Nelly dan Boy tidak dapat ikut serta, namun adanya Nana, Juita dan Aween telah cukup untuk menceriakan suasana. Saya minta Hubby supaya drive kali ini kerana lebih mudah untuk ke sana sini.  Seperti mana beberapa tahun yang lalu, hari raya pertama hanya disambut di rumah sendiri. Selepas bersalam raya, kami berposing terlebih dahulu. Kemudian kami menjamu selera dengan pelbagai juadah yang disediakan Nana seperti nasi minyak dengan ayam masak merah, pajeri nenas, lontong dan kuah lodeh serta lemang dan rendang ayam. Sebelah malam sebelumnya, kami menyertai program takbir malam raya dari rumah ke rumah. Sebanyak 7 buah rumah di kejiranan kami yang menyertai takbir malam raya kali ini. Memang sangat meriah. Inilah kali pertama saya menyertai program takbir raya. Kali pertama dibuat ketika saya sedang mengerjakan umrah.







 
Pagi pagi hari raya kedua, kami bertolak balik selepas bersarapan roti canai di kedai mamak. Kami hanya singgah di stesyen minyak sekali sahaja kerana mahu sampai sebelum pukul 4 petang iaitu majlis pernikahan Rudy, anak kakak di masjid kampung baru. Sebaik tiba di masjid, belum ada sesiapa. Jadi kami terus ke rumah kakak untuk makan nasi dagang berlaukkan gulai ikan aya/tongkol dan itik serati kegemaran saya. Memang nasi dagang kakak saya masih yang terbaik. Siap ada dengan sambal ikan kelapa yang merupakan satu kemestian untuk nasi dagang Kelantan.





 
Selesai majlis kami terus check in di Villa Danialla. Sementara Hubby check in, saya dan anak anak ke tepi pantai untuk berposing. Ketika itu, Dato Siti Hamidah, owner Villa Danialla telah ke pantai untuk mencari kami. Selepas berposing, kami tergesa gesa ke bilik untuk menunaikan solat.





Sebelah pagi hari raya ketiga, kami beraya di rumah sepupu kami sebelum ke Kota Bharu untuk beraya rumah Cikgu Zubaidah, rakan sepersekolahan. Telah lama tak bersua. Sebaik menamatkan alam persekolahan, kami masing masing membawa haluan sendiri. Bila dah beraya di Kelantan, pasti ketupat daun palas yang menjadi pilihan. Kebetulan Dah menghidangkan ketupat palas yang sangat tersohor dari Perupok. Memang habis 4-5 biji juga saya makan. Sangat sedap lebih lebih lagi ketupat itu telah digoreng garing.






Selepas itu, kami singgah pula rumah Cikgu Rosli, kawan baik Hubby untuk menjenguk rumah baru mereka yang telah siap. Tak dapat berlama lama kerana musim perayaan begini jalan sesak di sana sini. Lagi pulak, kami perlu sampai rumah kakak pukul 2.30 untuk majlis persandingan Rudy.






Sebelah malam, kami keluar mencari makan malam di medan selera berhadapan Pantai Irama Bachok. Memang orang sangat ramai. Kami hanya memesan nasi goreng dan kue teow goreng.

Hari terakhir di Kelantan, kami bersarapan di Villa Danialla sebelum pergi ke rumah kakak. Hari ini adalah hari kenduri menyambut menantu rumah kakak. Kami tak dapat tunggu ketibaan pengantin kerana terpaksa bergegas balik untuk menghantar Juita balik ke kolej bagi pengajian tahun kedua. Sebelum balik, sempatlah berposing dengan kakak, adik serta anak anak buah sebagai kenangan.







Jalan sesak sepanjang perjalanan dengan kenderaan yang memanjang menghala ke KL. Ada kala laluan seolah terhenti. Memang benar benar menuntut kesabaran yang tinggi. Kami tiba di kolej Juita pukul 9.00 malam dan sampai di rumah pada pukul 3.00 pagi. Singgah makan malam  dan solat di hentian rehat Temerloh. Seperti saya tulis sebelum ini, hari raya kali ini sangat bermakna dan saya sangat gembira. Sangat gembira dan berterima kasih dengan Hubby dan anak anak kerana sudi balik kampung halaman saya.


4 comments:

  1. Selamat Hari Raya! Blogwalking :)

    ReplyDelete
  2. meriahnya akak raya. selamat hari raya kak..")

    ReplyDelete
  3. salam aidilfitri kak...maaf zahir n batin

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya kak Azie..maap zahir batin..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.