Iklan

Iklan Nuffnang

7 Jun 2016

Tisu Kleenex Scented Vanilla Membangkitkan Mood Beraya



Sponsored Post




 
Hari ini saya ingin kongsikan berkenaan dengan tisu muka wangi Kleenex haruman Vanilla produk terbaru keluaran Kimberly-Clark Malaysia. Ianya adalah tisu muka versi limited edition yang diperkenalkan sempena menyambut ketibaan Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi. Kleenex adalah jenama yang sangat popular dengan rangkaian tisu haruman seperti Tisu Muka Wangi Cherry Blossom dan Floral Rose dari pati minyak bunga sakura dan bunga ros.



 
 
Semasa majlis pengenalan produk Kleenex Scented Vanilla yang santai tetapi cukup elegan kepada 14 orang bloggers di pejabat Kimberly-Clark Malaysia pada 21 May 2016, kami berpeluang untuk menikmati keharuman tisu muka wangi terbaru keluaran Kleenex tersebut. Semasa dalam perjalanan ke majlis tersebut, hati teruja untuk menikmati bagaimana agaknya haruman vanilla di dalam sehelai tisu muka. Bila sebut sahaja Vanilla, pasti yang terbayang pada kita semua ialah kuih muih raya yang antara bahan utama ialah esen vanilla. Jika diperhatikan, esen vanilla diletakkan untuk menambah haruman dan keenakan kuih muih dalam kebanyakan resepi di blog Azie Kitchen.  




 
Selepas majlis pelancaran kami dibekalkan dengan satu bag besar mengandungi pelbagai produk Kleenex termasuklah tisu muka wangi Kleenex haruman Vanilla. Keesokan pagi nya, bila melangkah sahaja ke dapur, tiba tiba terbau satu haruman yang sangat sinonim dengan dapur saya. Saya tertanya tanya dari mana datang nya haruman tersebut. Ingatkan Juita telah memulakan projek membuat kuih raya. Maklum Ramadhan akan menjelang dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Juita bercuti semester sepanjang Ramadhan. Jadi kami telah berjanji untuk memasak kuih muih untuk hidangan berbuka dan juga membuat kuih untuk hari raya. Ooh rupa rupanya haruman tersebut datang dari sekotak tisu muka Kleenex haruman Vanilla yang saya letak di atas kitchen cabinet sehari sebelumnya. Waah ia sungguh mengujakan dan macam tak percaya pula kerana semerbak wanginya dapur kami.





Serius tak tipu, bau nya sangat menyenangkan dan harumannya juga kekal lama. Tisu yang telah saya gunakan semasa majlis yang ada dalam handbag saya masih berbau wangi walaupun setelah lebih seharian. Bayangkan setiap kali meletakkan tisu lembut itu menyentuh muka, bukan sahaja kelembutannya bak salju yang membelai tetapi keharumannya sekali dinikmati. Hihihi boleh bayangkan tak betapa jiwang jiwangnya saya membelai tisu harum yang digubah sebagai sekuntum bunga dengan penuh kesyahduan. 



Saya memang seorang yang cepat berpeluh dan mempunyai jenis kulit muka berminyak. Apa lagi bila berada di bawah panas mentari. Saya diberi tisu pack haruman Cherry Blossom pada event hari itu. Jadi ke mana mana pergi, perkara yang mesti ada dalam handbag adalah tisu muka wangi yang sangat sweet bau nya untuk memastikan kulit muka saya sentiasa segar. Keharumannya mampu membangkitkan mood indah suasana beraya kerana menpunyai aroma biskut dan kek yang panas panas selepas dikeluarkan dari oven…. Di Hari Raya nanti, selain hidangan kuih raya dan biskut, hidangkan sekali tisu muka wangi Kleenex haruman Vanilla bagi menambahkan mood. Oleh kerana produk ini adalah limited edition khas sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri, maka jangan lupa dapatkannya hari ini di kedai kedai dan pasaraya berhampiran anda. Nikmati keseronokan beraya dengan tisu muka wangi Kleenex haruman vanilla...




 
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/kleenex.Malaysia.
 
 

13 comments:

  1. TERIMA KASIH atas informasinya sangat bermanfaat sekali

    ReplyDelete
  2. Salam kak azie...saya pun baru2 je masuk blog akak...best la...post yg ni senyum simpul saya baca...😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Saya juga tersenyum membaca komen Nor. Semoga kita sama sama bahagia. Luv u

      Delete
  3. wah dapat sponsored post...tahniah..eh, biskut kleenex pun ada ke?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak Azie, Salam perkenalan dan terima kasih di atas perkongsian di atas. Aini pun teruja untuk mencuba keluaran terbaru Kleenex (tisu Vanilla *scented*) selepas membaca post kak Azie.

    Bertambahlah satu lagi variasi bau kepada tisu2 yang Aini suka, di antaranya Kleenex *Rose scented* dan *Cherry Blossom scented*.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom Aini, kits beraya dengan tisu Kleenex haruman vanilla tahun ini

      Delete
  5. salam kenal bunda dari Blogger Pontianak. Jom visit juga bisnis borneo <3

    ReplyDelete
  6. Salam kenal kak AzieJaya...selalu singgah intai2 resepi kak Azie

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.