Iklan

Iklan Nuffnang

2 Jun 2016

Puding Sagu Nur Qaseh Yang Mudah Dan Sedap






Semasa dalam perjalanan balik dari majlis perkahwinan anak sahabat kami, Encik Kamalullail dan isteri di Ozana Villa, Ayer Keroh, saya mendapat message dari Juita yang sedang bercuti untuk study week supaya menyediakan Puding Sagu. Keesokannya Juita akan kembali ke kolej untuk satu lagi kertas peperiksaan yang perlu diduduki. Sesampai di KD, singgah di kedai runcit dan balik terus masuk dapur. Haa itulah yang memasak dengan berbaju kurung. Susu cair boleh diganti dengan santan. Atau jika tidak mahu terlalu banyak menternak lemak, bolehlah disediakan Kuah susu kastard sebagai kuah. Resepi ada di bahagian bawah sekali.





Resepi ini sangat mudah dan sangat sedap serta nyaman di anak tekak terutama untuk hidangan waktu berbuka puasa. Boleh klik di SINI untuk entri sebelum ini. Juga boleh layan video di youtube Azie Kitchen. 




Jom layan resepi yang mudah dan cepat disediakan ini...






Puding Sagu Gula Melaka Nur Qaseh
Oleh: Azie Kitchen

Sagu:
1 cawan biji sagu warna putih
1 liter air
1 helai daun pandan - carik & simpul
Pewarna kegemaran
Jagung manis

Cara-Cara:
Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam atau sehingga agak kembang sedikit.  Kemudian toskan airnya.

Didihkan air bersama daun pandan dalam periuk. Setelah mendidih, masukkan sagu tadi dan masak sehingga sagu bertukar jernih. Tutup api dan biarkan seketika.

Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang kanji. Titiskan warna kegemaran dan kacau menggunakan garfu.

Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan.



Air Gula:

1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan - carik & simpul

Cara cara:
Satukan semua bahan. Masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis.

Kuah:
Susu cair; atau
Kuah susu kastard - resepi di bawah sekali 

Cara Menghidang:
Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk. Tuang gula melaka dan susu cair. Letak sesudu jagung manis. Sedia untuk dinikmati. Sedap dimakan sejuk sejuk.

 
 




Kuah Susu Kastard
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1 tin susu cair
4 cawan air
3 sudu besar tepung kastard
Gula secukup rasa
1/2 sudu kecil garam

Cara cara:
Campurkan semua bahan diatas, masak sehingga semuanya larut. Sentiasa kacau hingga mendidih.

Kuah sedia digunakan untuk dimakan bersama puding sagu dan jagung manis.

4 comments:

  1. TQ kak. Sedap..sy try utk berbuka td. -ct

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum....jazakillah sis atas perkongsian ilmunya...saya mohon izin share yer...

    ReplyDelete
  3. Tq azie atas pkongsian resepi. Kbetulan bahan2 ada terus buat.

    ReplyDelete
  4. Tq so much with the recipe. Baru saja selesai buat. Sgt mudah rupanya. Tapi... Sago tu mmg xmelekat ye bila dh masuk acuan utk dsejukkan?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.