Iklan

Iklan Nuffnang

22 Jun 2016

Kek Oren Yang Gebu Dan Lembab



Saya ingin kongsikan perkongsian yang menarik oleh Dr Muhamad Nasib di Surau tempat saya bekerja berkenaan perbezaan antara seorang muslimin dan seorang mukminin dalam bab beribadat. Antaranya yang sempat saya salin adalah orang muslimin akan datang ke masjid selepas azan. Orang mukminin akan datang sebelum azan kerana azan adalah untuk memanggil orang yang lalai. Orang mukmin hatinya sentiasa mengingati Allah dan lebih memerlukan Allah. Jadi mereka akan sentiasa menunggu waktu solat.  Orang muslimin suka solat bersendirian dan sebelum solat akan bermalas malas. Akan masuk masjid tapi tidak meluru ke syaf pertama. Orang mukminin suka solat berjemaah dan akan meluru ke syaf pertama. Sekiranya tahu kelebihan berada pada syaf pertama, nescaya mereka berebut rebut. Hingga sanggup dicabut undi. Barang siapa sangat cinta untuk bertemu Allah, Allah akan suka untuk bertemu dengan kita. Orang mukminin akan ke masjid awal dan mulakan dengan ibadah sunat seperti solat tahiyatul masjid atau membaca Al Quran. Rasulullah bersabda, Hendak lah datang dalam keadaan tenang dan beradab. Rasulullah tak suka orang yang datang solat tergesa gesa dan hati masih tertinggal di luar. Orang muslimin solat sekadar bacaan dan fizikal. Orang mukminin akan menghayati solat dari segi bacaan dan makna serta hati dengan yang kusyuk. Syarat untuk kusyuk ialah dengan menghadirkan rasa dalam hati dan memahami makna setiap bacaan dalam solat. Apa yang sebenar kita perlukan dalam hidup. 

Orang mukmin akan memanjangkan bacaan dalam solat dan pendekkan waktu berdoa. Manakala muslim pendek solat dan panjang doa. Menangis ketika dalam solat lebih afdhal dari luar solat. Solat orang mukmin panjang dan waktu doa lebih pendek. Allah menjawab setiap bacaan dalam surah Al Fatihah. Tapi kalau Rasulullah melihat ada Jemaah yang uzur atau ada kanak kanak, Rasulullah akan memendekkan bacaan dalam solat. Rasulullah berdoa selepas doa dajjal dan sebelum memberi salam. Orang mukminin akan berehat dalam solat tapi orang muslimin pula berehat selepas solat kerana terasa solat seperti beban dan memenatkan. Kerana dalam solat, orang mukminin bercakap cakap dengan Allah. Bagi orang muslim solat adalah satu kewajipan semata sedang orang mukmin solat adalah tanda kesyukuran. Orang muslim akan beristighfar selepas solat untuk memohon ampun pada dosa dosa yang lalu tapi orang mukmin akan memohon ampun atas kekurangan dalam solat yang baru dikerjakan.  Semoga bermanfaat untuk kita melihat di mana diri kita sendiri berada sekarang. 





Sebelum masuk bab kek, saja lah nak kongsikan sedikit luahan perasaan konon. Hihihi. Alangkah baiknya kalau setiap hari adalah bulan Ramadhan. Hidup tenang dan bahagia di bulan yang penuh keberkatan ini. Maklumlah syaitan dan iblis telah kena rantai. Tak ada lah unsur luar yang nak mengganggu kita. Saya lebih berlapang dada dan walaupun ada ketika hati disakiti dengan kesombongan mereka yang merasakan diri seorang perfectionist. Inilah yang diajar oleh arwah Ustaz Zaid supaya memohon doa agar diberi hidup tenang di dunia dan syurga di akhirat. Cukuplah setakat ini kot nanti terlebih pulak.

Saya memang suka makan kek kek yang plain ala ala kek kampung. Bila Faaizah, jemaah Ad Dhuha memberikan satu bekas kek selepas solat terawih, saya membawa balik dan makan. Sambil makan, hati berbisik sedap nyer kek ni, apalagi bila sekali sekala tergigit parutan kulit oren yang diparut kasar. Bila apa apa makanan yang sedap, saya Alangkah  cuba makan banyak kali. Jadi walaupun saya boleh menghabiskan 5 ketul kek, saya menyimpan lagi 2 untuk dimakan keesokannya. Namun sewaktu bersahur, saya tak nampak bekas kek tersebut. Bila ditanya barulah tahu yang Hubby dan Juita yang memakannya. Biasanya mereka tak suka makan kek. Sejak itu, saya selalu teringatkan kek oren yang gebu gebas tu. Saya minta Faaizah kongsikan resepinya. Alhamdulillah gembira tidak terkira bila resepi dah ada di tangan. Banyak jer resepi kek oren di internet tapi saya suka resepi yang saya telah rasa sendiri keenakannya. Lagi pulak, bahan bahan yang diperlukan sangat mudah dan penyediaannya juga sangat ringkas. Sangat cepat kerana saya mula menyediakannya sebaik sampai di rumah dan siap dibakar sebelum saya keluar berbuka puasa di surau. Untuk kek hari ini, saya menggunakan dua adunan dan dibakar dengan loyang 8x8". Sebenarnya saya menyediakan kek ini 2 kali, iaitu 2 hari berturut turut kerana belum puas menikmati kek yang sedap ini. Layan video di  bawah ini.





Jom layan resepi yang sangat mudah dan sedap ini. Balik dari terawih walaupun perut masih kekenyangan, saya makan juga lepas seketul seketul. Bila bangun sahur juga sambung makan lagi seketul seketul. Memang sangat sangat puashati dengan kejadiannya. Kek gebu dan lembab lembab memang kek yang menjadi pujaam hati kini dan selamanya. Juga suka, bolehlah dibuat icing berperisa oren. Seperti biasa, jika frosting saya lebih suka buttercream dari butter cheese. Resepi buttercream itu hanyalah cadangan sahaja.




Kek Oren Gebu dan Lembab
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
150 gram mentega
120 gram gula kaster - guna 115 grm shj
160 gram tepung gandum - ayak
1 sudu kecil baking powder - ayak
3 biji telur
2 sudu besar jus Sunquick - guna jus oren
Sedikit parutan kulit oren - opsyenal

Cara cara:
Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung yang diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren. Akhir sekali masukkan parutan kulit oren. Kacau sebati.

Tuang ke dalam acuan loyang 7"x7" yang telah dilenser mentega/lapik dengan baking paper atau acuan cawan kertax 3/4 penuh. Saya bakar 2 adunan menggunakan loyang 8"x8" kerana suka kek yang lebih tebal.

Bakar dalam acuan yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 25 hingga 30 minit atau sehingga masak. Hiaskan dengan krim aising oren atau yang disukai. Untuk saya kali ini, saya membakar selama 1 jam.



Buttercream Oren
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 sudu besar butter - lembutkan
1 3/4 cawan gula icing- ayak
1-2 sudu besar jus oren
1/2 sudu kecil extract vanilla
1/2 sudu kecil extract oren
2 sudu kecil Parutan kulit oren

Putar butter sehingga kembang. Perlahan lahan masukkan gula dan putat hingga ringan dan kembang. Masukkan 1-2 sudu besar jus oren, vanilla, oren extract dan parutan kulit lemon.

Jika ianya terlebih lembut, sejukkan seketika sehingga mencapai tahap yang kita perlukan dan sedia untuk digunakan.


19 comments:

  1. K.zie, kek oren gebu n buttercream oren mana yg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kek hanya satu sahaja. Buttercream tu icing

      Delete
  2. sy juga penggemar kek oren..

    kak,nak tanya, klu x sukat per gram mcm mana eh?
    pakai cawan ker..

    ReplyDelete
  3. Salam kak azie, sebaik sy nmpk post kak azie di dalam ig, sy pun terus mencuba kek ni. Memang sangat simple & mudah tp tersangatlah sedapnyer kek ni kak azie. Terima kasih sbb share resepi ni, memnag berbaloi-baloi..
    Nieta.

    ReplyDelete
  4. wah tgk pon dah terliur... sedap ni...

    ReplyDelete
  5. semakin hari saya follow blog puan azie ni.. meruntun jiwa betul..
    selitan tarbiah buat saya rasa mcm sdg mendengar seorang ibu bercerita, aduhai.. moga blog puan sentiasa update sbb sy suka baca sharing tazkirah ni semua.. bila x update rase macam.. alah..knp kak azie x update ni? hihihi

    ReplyDelete
  6. sedapnya kak azie...saya suka baca blog kak azie ni. dan kalau nak resepi pun saya akan cari azie kitchen

    ReplyDelete
  7. Assalam Dan Selamat Hari Raya Puan Azie. Saya buat kek Oren untuk Raya baru2 Ni. Memang sedap Dan buat 3 kali sebab kek cepat habis. Terima kasih atas perkongsian. Simple Dan sedap. Semoga Allah memberkati Puan sekeluarga

    ReplyDelete
  8. Baru cuba resepi kek oren ni semalam. Mertua suka sangat. Alhamdulillah 😁 Siap request lagi kena buat bila dah habis. Terima kasih atas perkongsian kak.

    ReplyDelete
  9. Assalam kak Azie, Salam Ukhwah.
    Nak tanya, panaskan 'acuan', sebenarnya panaskan oven ker?
    Kot memang kena panaskan acuan.. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Terima kasih atas pembetulan

      Delete
  10. Assalamualaikum.... nak tanya kalau bahan2 tu tukar dalam sukatan cawan guna banyak mana ye?

    ReplyDelete
  11. Salam..nak tnya..kalau kita pkai cupcakes bole ke?😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Boleh. Kurangkan masa membakar dalam 20-25 minit. Ikut saiz cup

      Delete
  12. Salam sis.. boley ker nk bakar guna kaedah 'water bath' tu.. kot2 boley.. sajer x mor rasa kerak nyer tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya ok tp saya tak pernah cuba. Cubalah dulu dan share bagaimana hasilnya

      Delete
    2. Hehe.. sy pon x try lg tp ikot resepi sis pon da sedap banget mkn panas2.. cumer sy tambah choc chip dlm adunan.. mmg sedap kegiler.. 1st trial, menjadi & sedap.. timer kasey sis..

      Delete
  13. assalammualaikum kak zie..kak kalau pakai tepung naik sendiri boleh tak..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.