Iklan

Iklan Nuffnang

1 Jun 2016

Best Moist Chocolate Cake Ever







Sebelum masuk bab resepi, kita layan dulu sedikit ilmu yang saya ambil dari kuliah Ustaz Johari Mat Som berkenaan amalan yang dibuat mestilah dengan zahir dan batin. Kalau zahir sahaja, ia menjadi adat. Ulang alik rumah ke masjid sahaja. Setiap amalan yang diterima Allah, tentunya sah tapi bukan setiap amalan sah yang diterima Allah. Semuanya bergantung kepada keikhlasan. Ikhlas adalah hasil dari proses. Apa dia ikhlas? Melakukan sesuatu kerana Allah. Bagaimana yang dikatakan kerana Allah itu? Yang ikhlas itu lah dinamakan ibadah. Amal soleh ialah sesuatu yang dilakukan kerana Allah dan dengan tiada sekutu dengan sesiapa pun. Buat hanya untuk Allah semata. Menyembah Allah seolah kamu memandangNya. Bukan pandang dengan mata zahir tapi dengan mata hati. Boleh rujuk pada video di bawah ini. Klik di SINI dan di SINI untuk entri menggunakan resepi yang sama sebelum ini.





Resepi Chocolate Cake yang sangat lembab dan sedap ini telah banyak kali kami sediakan. Inilah a keeper recipe untuk chocolate cake buat kami sekeluarga. Ianya cukup lembab, cukup lembut, cukup kemanisannya.  Klik di SINI untuk entri sebelum ini.

Jom layan resepi chocolate cake yang memang seriously lembab dan sedap...




Best Moist Chocolate Cake Ever
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan : 
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus
3/4 cawan serbuk koko Hershey's
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur saiz A
1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk 
1 cawan Mazola vege oil 
1 1/2 sudu kecil vanilla extract
1 cawan air mendidih - boleh letak 1 sudu kecil coffee/nescafe

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 150C untuk membakar secara perlahan (slow baking). Boleh juga jika dibakar pada suhu 180C untuk bakar seperti biasa.

Lenser loyang 9 x 12 dengan butter dan tabur dengan sedikit tepung. Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.  Saya guna 10 x 10.

Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Perlahankan kelajuan, masukkan air mendidih sambil terus diputar. Naikkan pada kelajuan sederhana dan teruskan memutar hingga sebati. 

Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. Jika cup cake, dalam 22 - 23 minit dan pastikan menggunakan cawan kertas cup cake.

Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya. Jangan terlebih bakar untuk mengelakkan kek menjadi kering.

Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.


Chocolate Ganache
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
12 oz cooking chocolate
1 cawan whipping cream
1 sudu besar esen vanilla

Cara cara:
Panaskan whipping cream sehingga hampir mendidih. Angkat dan tuangkan ke dalam bekas yang mengandungi cooking chocolate yang telah dihiris hiris nipis. Biarkan seketika sehingga ianya cair.

Kacau rata sehingga ia benar benar sebati. Masukkan sedikit esen vanilla dan kavau lagi. Sedia untuk digunakan sebagai frosting di atas kek yang telah disejukkan. Hias mengikut kesukaan masing masing.






4 comments:

  1. yummy...klu rajin boleh la rietta buat sebelum puasa ni....

    ReplyDelete
  2. Kalau dikukus boleh x sis.salam kenal lina

    ReplyDelete
  3. kalau guna corn oil atau canola oil instead of vege oil tu takpe kan?

    ReplyDelete
  4. Sy suka dgn semua resepi di sini...sy cuba buat alhamdulillah menjadi... cuma yang ni saya x tahu...Buttermilk ni ape dia..sy cari kat tesco x de pun...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.