Iklan

Iklan Nuffnang

17 May 2016

Sambal Nasi Berlauk








Bila disebut Nasi berlauk pasti terbayang suasana sarapan pagi di mana mak cik berjualan di atas wakaf atau di gerai gerai di Kelantan. Untuk hidangan nasi berlauk yang wajib ada selain Gulai Nasi berlauk, ialah Sambal Belacan atau sambal Cuka dsb. Boleh klik di SINI untuk resepi Gulai Nasi berlauk. Sayuran seperti timun dan kacang panjang, adakala nya dimasukkan bersama dalam kuah gulai, adakalanya direbus seketika secara berasingan dan ada masanya juga diletak secara mentah sahaja. Samada nasi berlauk ikan atau ayam atau itik, sambal adalah wajib ada. Tak ada sambal, memang cacatlah nasi berlauk.

Resepi ini hari ini saya belajar dari Makku Saniah yang memang pandai memasak dan pernah berjualan semasa di Kelantan dulu. Selain sambal ini, ada satu lagi sambal yang saya suka iaitu cili padi kampung yang hanya dikisar dengan gula, garam dan cuka sahaja. Namun ianya sangat sedap di selera saya. Kata kawan kawan, ianya adalah sambal jantan kerana hanya menggunakan cili padi kampung yang pedas giler tu. Jom layan video di bawah ini




Gara gara makan tak hengat juga, saya menderita kesakitan selama 4 hari hingga terpaksa ke ward kecemasan. Saya sebenarnya tidak pernah ada masalah gastrik sebelum ini. Dah lah cili padi pedas, tambah pula dengan cuka. Memang sakan ler. Apa apa pun, kesakitan menghapuskan dosa dosa kecil. Saya yakin dan redha dengan semua ini. Jom layan resepi nya di bawah ini....


Sambal Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 tangkai cili api kampung merah
Sebesar ibu jari belacan
1 sudu kecil cuka
Gula
Garam
1 biji limau kasturi


Cara cara:
Tumbuk atau kisar kering semua bahan di atas tapi jangan terlalu hancur. Masukkan cuka dan air limau kasturi dan gaul rata. Sesuaikan rasa. Sedia untuk dihidangkan.









2 comments:

  1. Assalam kak azie..sambal nasi berlauk klate ni kira wajib ada sebagai pelengkap hidangan..memang sedapnya lain macam siket hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Tak lengkap nasi berlauk tanpa sambal dan sayur timun atau kacang panjang.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.