Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Saguppal aka Asam Guppa Sedap Untuk Berbuka Puasa


Saguppal aka Asam Guppa Sedap


Sempena kedatangan bulan Ramadhan tidak lama lagi. Saya mengambil peluang untuk memohon maaf atas keterlanjuran tulisan atau bahasa yang digunakan mungkin tidak sesuai atau menyakiti hati selama ini. Tanpa pembaca dan follower, blog Azie Kitchen mungkin akan menjadi bertambah suam kuku dan akhirnya sejuk beku. Saya kuat dan gagahkan diri untuk menulis blog dek kerana sokongan yang diberi selama ini. Ramai yang menghantar message menanyakan kenapa blog saya semakin sepi. Namun begitu, setiap hari pasti ada antara 80,000 hingga 100,000 page view cuma follower blog saya masih kekal rendah. Saya pun tak tahu kenapa ramai yang masih segan segan untuk follow blog Azie Kitchen. 



Saguppal aka Asam Guppa Sedap

Begitu juga dengan Instagram azie kitchen yang lebih suram berbanding IG blogger lain. Saya juga telah menukar nama page facebook Azie Kitchen ke Azie Kitchen Blog bila saya dapati ada 7 hingga 8 page mempunyai nama sama iaitu Azie Kitchen. Supaya tidak terkeliru, jom follow dan like facebook Azie Kitchen Blog di SINI ya. Sebelum tengok resepi, kita jamu minda dengan perkongsian petikan menarik dari kuliah Ad Dhuha Ustaz Helmi berkenaan pandangan dan pendengaran Allah pada kita yang tak akan hilang. Allah nampak, Allah dengar dan Allah tahu walau apa yang ada dalam hati kita. 

Sifat kesempurnaan Allah Taala kekal dan tidak akan berkurang. Allah tiada berkehendak yang baru untuk menyempurnakan akan kekayaannya. Allah Maha Kaya dan kamu yang fakir yang sentiasa berkehendakkan pertolongan Allah. Fakir kerana kita tiada apa apa. Hatta untuk beribadah pun kita perlu pertolongan Allah. Tanpa pertolongan Allah, kita tidak akan dapat hadir majlis ilmu, tidak dapat membaca Al Quran dsb. Jadi kembalikan apa yang kita buat semuanya pada Allah Taala kerana semuanya berlaku dengan bantuan Allah Taala. Jika kita ingat yang kita adalah fakir, maka perasaan ujub akan terkeluar dari diri kita. Ujub adalah rasa bangga dengan ibadah kita.


Saguppal aka Asam Guppa Sedap


Kuih Saguppal atau dipanggil juga Asam Guppa ini disediakan oleh Makku Saniah. Oleh kerana ianya agak berbeza dengan Asam Guppa yang saya sediakan sebelum ini di SINI, jadi saya pun meminta Makku kongsikan resepi untuk dimasukkan dalam blog sebagai rujukan di masa hadapan. Secara mudahnya ia adalah kuih sagu yang dikepal kepal sebelum dimasukkan dalam kuah.

Jom layan resepi Saggupal di bawah ini. Resepi berkuah seperti ini memang menjadi kegemaran saya untuk hidangan sebagai juadah berbuka puasa. Kebanyakan kuih muih basah banyak dijual di bazar bazar Ramadhan...


Saguppal aka Asam Guppa Sedap

Saguppal

Bahan bahan:
200 gm sagu
1 kotak santan kotak
1 cawan susu cair
Gula secukup rasa
Secubit garam
1 helai daun pandan
Sedikit pewarna

Cara cara:
Sagu dibasuh dan di bancuh dgn air panas sama paras sagu. Gaulkan dan biarkan ia kembang. Bila agak sejuk, kepal kepalkan kecil kecil. Kalau nak sagu berwarna warni asingkan sagu dan letak pewarna disukai.

Masukkan ke dalam santan yang agak cair. Masakkan santan bersama daun pandan menggunakan api perlahan. Kacau perlahan lahan sehingga  sagu tu masak.

Bila masak,  masukkan gula dan halba secukup rasa. Masukkan jugak sedikit susu cair untuk menambah lemak.

Jika suka, masukkan dalam peti sejuk seketika sebelum dihidangkan. Nyaman dimakan sejuk sejuk.

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

10 ulasan for "Saguppal aka Asam Guppa Sedap Untuk Berbuka Puasa"

  1. sedapnya sagupal my feveret ni..

    BalasPadam
  2. salam...

    terima kasih utk pn azie...actually byk resepi pn azie sya cuba..sya mmg tidak tahu msk tapi cuba belajar..Alhamdulillah..dr zero to hero..huhu...

    utk lelain..blh visit my blog (sya budak baru belajar) ..
    ilhamqblog.wordpress.com

    BalasPadam
  3. yummy...rietta suka sangat makan ni...tpi xpernah plak buat ataw mkn yang mcm ni, biasa sagu asing, santan asing, cmpur gula merah...

    BalasPadam
  4. Tumpang tnye, halba tu ape ye? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejenis rempah. Tengok dlm kuah yang macam kacang tu. Biasa diletak dalam nasi dagang

      Padam
  5. kak azie, bukan ke dalam sagu tu ada kacang merah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini yg jenis tak ada inti. Ada juga yg ada inti.

      Padam
  6. Ada tips tak ..sye buat agak kenyal...mcm mna nak buat sagu rase lembut??

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama sy buat agak kenyal...camner ye...nak buat jd lembut

      Padam