Iklan

Iklan Nuffnang

7 May 2016

Pulut Serawa Telur Makanan Kegemaran Semasa Kecil





Petikan Kuliah Ustaz Nakhori di Surau Ad Dhuha berkenaan orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa. Iaitu orang yang takut pada Allah. Mereka akan melakukan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang. Allah tidak pandang tubuh badan dan rupa paras kamu. Kita patut hias apa yang Allah pandang bukan habiskan duit untuk hias diri supaya manusia pandang cantik. Kalau kita cari keredhaan manusia, manusia boleh lama lama berubah menjadi tak suka.  Kalau kita buat kerana Allah, Allah tidak mungkir janji. Jika cari keredhaan Allah, Allah suka dan manusia mungkin pada peringkat permulaan tak suka tetapi di akhirnya, manusia akan menjadi suka. Allah akan tengok pada hati yang ikhlas. Hanya Allah yang boleh tengok dan menilai hati manusia.  Manusia tak dapat tengok hati orang lain. Sekadar hati bersih tapi tak melakukan apa apa kebaikan pun, tak boleh juga. Cukup setakat ini, pesanan ini adalah buat diri saya sendiri juga.




Serawa Telur atau di Kelantan dipanggil Serawok Telur adalah makanan tradisional yang memang telah saya lupakan. Golongan anak muda di Kelantan pun rasanya ramai yang tidak kenal masakan ini lagi. Walhal semasa kecil arwah Bonda selalu menyediakannya. Saya akan menceduk isi telur yang terapung dalam kuah. Minggu lepas  terbaca dalam fb kawan sekolah yang menulis dia baru menyediakan Serawok Telur. Lantas ianya mengingatkan saya pada zaman kanak kanak. Terus menghantar WhatsApp pada kakak. Kakak saya pun ingat yang ianya adalah kuih feveret yang selalu disediakan oleh arwah Bonda. Namun kakak saya pun tak belajar kerana ianya bukan makanan kesukaaan dia. Akhir menanya nanya dengan rakan dalam group WhatsApp Sekolah Menengah Bachok. Haa berdasarkan perkongsian, saya pun mencuba memasaknya. Tapi macam biasalah saya memasak beberapa jenis dalam satu masa. Sambil tu, snap gambar, sambil tu juga tape video. Jadi memang tak boleh fokus. Hasilnya kuah Serawa saya agak kasar kejadiannya. Sepatutnya telur akan lebih halus dalam kuah. Walaupun rupanya tak cantik, tapi rasanya memang dah kena. Memang hampir dengan kuah Serawa yang pernah saya makan ketika kecil dahulu. Boleh klik video penyediaannya di SINI atau di bawah ini.





Jom layan resepi Serawa Telur yang bukan sahaja sedap dimakan dengan pulut tapi juga dengan roti. Kalau pulut, boleh sahaja dikukus kosong tanpa diletak santan.





Kuah Serawa Telur

Bahan bahan:
1/2 - 3/4 santan kotak
Air secukupnya
2 biji telur
1/4 keping Gula Melaka
Gula pasir secukupnya
Secubit garam
1 helai daun pandan - carik dan simpul


Cara cara:
Satukan santan, air, daun pandan dalam periuk. Pecahkan telur dalam mangkuk dan kocok kocokkan. Tuang telur ke dalam periuk dan kacau rata. Letak periuk atas dapur.

Nyalakan api perlahan dan terus dikacau sehingga mendidih. Masukkan gula Melaka, gula dan garam. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Hidangkan dengan pulut atau dicicah dengan roti.


Pulut Kukus
Bahan bahan:
2 cawan beras pulut – rendam semalaman atau 4 jam
1/2 cawan santan pekat + air secukupnya + secubit garam
2 helai daun pandan – carikkan

Cara-cara :
Tos pulut dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. 

Tuang santan yang digaul bersama garam. Gaul bersama santan hingga rata. Tuang santan sedikit sedikit sehingga pulut lembut.  Masukkan kembali pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan dan kukus semula selama 20 minit atau hingga masak. Sedia untuk dihidangkan.







2 comments:

  1. Salam Kak Azie..saya pernah diajar buat serawa telur ni masa kecik-kecik dulu oleh arwah nenek. Telurnya diramas sekali dengan kelapa parut dengan sedikit air dan diperah macam biasa.Harap dapat membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Mmg gitu lah cara nya jika menggunakan kelapa parut. Tp skrg ni saya byk menggunakan santan kotak. Lebih mudah.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.