Iklan

Iklan Nuffnang

11 May 2016

Pulut Mangga Thailand Yang Sangat Sedap







Petikan Kuliah Ustaz Syed Abd Kader Al Joofre, ustaz muda yang sangat hensem. Terpegun melihat ustaz secara in person. Topik adalah berkenaan Israk Mikraj. Tapi yang saya nak kongsikan ialah berkenaan bab lain yang ustaz kongsikan dalam mukaddimah. Ustaz berpesan supaya mengucapkan syukur Alhamdulillah bila berada dalam majlis ilmu. Kemudian dalam hati bolehlah mengucapkan syukur kerana Allah pilih aku untuk berada dalam majlis ilmu. Ramai lagi orang lebih baik dari aku walaupun dosa aku banyak. Siapa yang Allah nak bagi kebaikan maka Allah bagi faham bab agama. Bukan sebab kita rajin atau baik tapi kerana Allah yang pilih. Jadi kenalah syukur. Siapa tak pernah rasa mengantuk berada dalam majlis ilmu? Para ulamak boleh duduk dari pagi hingga tengahari dalam majlis ilmu dengan  penuh kusyuk seolah burung bersarang atas kepala mereka. Allah kurniakan kepada mereka satu rasa dalam hati yang berupa satu nikmat bila dapat belajar. Nikmat yang tak dapat kat tempat lain. Jadi bila ada nikmat, akan boleh tumpu. Umpama suami isteri tengok bola. Isteri akan rasa bosan bila tak minat bola tapi terpaksa menemani suami di depan TV, sedang suami pula sangat kusyuk dengan bola tanpa rasa mengantuk. Bagaimana untuk mendapatkan rasa nikmat tersebut? Konsepnya ialah tambah dulu rasa bersyukur. Kerana nescaya Allah akan tambah nikmat dalam hati kita. 

Bab kedua ialah, kita sekarang berada dalam bulan Syaaban tak lama lagi akan menjelang bulan Ramadhan, namun tak ada seorang pun boleh menjamin yang mereka masih hidup dalam bulan Ramadhan nanti. Bila bila masa Allah boleh ambik nyawa kita. Termasuk orang yang lebih muda dari kita yang telah meninggal dunia. Amatlah rugi jika tak dapat berada dalam bulan Ramadhan tahun ini. Jadi kita kena "reserve" dulu pahala Ramadhan. Bagaimana caranya? Caranya dengan berniat untuk mendapat kebaikan Ramadhan seperti dengan memperbanyak membaca Al Quran, bersedekah, solat sunat dsb. Walau bagaimana pun niat  mesti disertai dengan perbuatan. Tidak boleh hanya sekadar angan angan. Contoh niat nak khatam Al Quran 3 kali. Kena ada persiapan seperti mula membaca Al Quran dari sekarang sebelum masuk bulan Ramadhan lagi. Niat berada dalam majlis ilmu hari ini juga adalah sebagai persiapan untuk menghadapi Ramadhan. 








Masuk sikit bab makanan sebelum menengok resepi dan cara penyediaan. Memang dah lama teringin nak memasak Pulut Mangga selepas teringat keenakan pulut mangga yang dimakan di Hatyai. Dulu kami rajin berulang alik ke Hatyai semasa membeli barang barang keperluan untuk pembinaan rumah kami.  Itu semua tinggal kenangan dan syukur kerana berjaya juga membawa masuk peralatan bilik air yang rupanya amat rumit kerana perlu mendapatkan AP untuk membawa masuk ke Malaysia. Alhamdulillah kerana akhirnya berjaya mendapatkan AP dari CIDB. Hari ini memang masa terbaik untuk menyediakan Pulut Mangga kerana adanya mangga Harum Manis yang dibeli dari sahabat kami dari Perlis. Layan video di bawah ini.




Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita layan resepi pulut mangga yang mudah dan sedap ini...





Pulut Mangga Thailand

Bahan-bahan 
3 biji mangga - potong ikut suka
2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak

Pulut Kukus
Bahan bahan:
2 cawan beras pulut – rendam semalaman atau 4 jam
1/2 santan pekat + air secukupnya + 1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan – carikkan

Cara-cara :
Tos pulut dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. 

Tuang santan yang digaul bersama garam. Gaul bersama santan hingga rata. Tuang santan sedikit sedikit sehingga pulut lembut. 

Masukkan kembali pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan dan kukus semula selama 20 minit atau hingga masak.


Sos Santan
Bahan bahan:
1/2 cawan santan kotak
1 cawan air 
1 sudu kecil garam - mesti ada rasa masin
1 helai daun pandan 
1 sudu kecil tepung jagung - larutkan dgn sedikit air

Cara cara:
Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak hingga mendidih. Terus dikacau supaya tidak berketul. Kemudian masukkan tepung jagung dan masak hingga sos nampak pekat. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi tepung jagung.


Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan. Hidangkan pulut bersama mangga dan sos santan.


Cara Menghidang
Letak pulut ke dalam pinggan. Hiris mangga secara kiub atau apa yang disukai. Tuang sos santan ke atas pulut. Tabur bijan. Sedia untuk dihidangkan.
 





7 comments:

  1. assalamualaikum Azie
    semoga Allah sempatkan kita utk sampai ke bulan ramadhan nanti
    Dan meraih pahala yg amat banyak di bulan ramadhan itu

    btw pulut mangga tu mmg mengancam lah
    teringin tengok macam nak makan masa ni jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah Kak Noor. Semoga kita dipanjangkan umur dalam ketaatan

      Delete
  2. Assalamualaikum Kak Azie,
    Salam perkenalan dari Madrid..
    Saya banyak cuba resepi dari blog Kak Azie dan menjadi..Masha Allah.
    Jazakillah akak sebab kongsi resepi. Moga Allah rahmati akak dengan kesihatan dan rezekiNya. Aamin.

    Semalam saya cari beras pulut di kedai sebab suami dah belikan mangga. Tiba2 teringin nak makan pulut mangga ni. Harapnya jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Wah bestnya berada di perantauan. Salam kenal ya nkeep in touch

      Delete
  3. Assalamualaikum Kak Azie,
    Salam dari Dubai. Saya pun sama selalu bukak blog akak cari resepi bila nk masak.. duduk di sini rindu masakan Malaysia masakla sendiri.. mak jauh.. sob.. sob.. sy pun Alhamdulillah improve dlm memasak sikit2.. terima kasih kak sudi berkongsi.. semoga Allah berkati dan beri pahala bnyk2 pada akak sekeluarga.

    Ikhlas dari saya, Dian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Salam kenal. Wah Dubai best makan kambing di satu restoran. Tapi lupa nama. Kat Dubai banyak lace tak? Dulu masa saya pergi. Tak jumpa pun. Pergi ke airline shop.

      Delete
    2. Haah sini kambing sedap.. kalau Dubai kain lace maybe dkt area textile souq di bur dubai kut.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.