Iklan

Iklan Nuffnang

24 May 2016

Mee Talam Kampung Yang Simple Tapi Sedap





Saya ingin mulakan dengan perkongsian petikan dari kuliah Surau Ad Dhuha berkenaan Hadis 40 oleh Ustaz Hamim. Kali ini bab Hadis ke24 iaitu Pengharaman perbuata zalim.  Sesungguhnya aku mengharamkan kezaliman atas diri Ku. Dan Aku jadikan zalim itu haram sesama kamu. Maka jangan lah kamu zalim menzalimi. Zalim adalah meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya. Atau melakukan sesuatu perkara lebih dari hadnya. Seperti makan berlebihan. Solat berlebihan juga adalah zalim. Contoh bila seseorang solat dengan tak tidur tidur. Pertandingan makan burger, adalah zalim juga kerana makan lebih dari had nya. Badan terpaksa menerima dan menghadam lebih dari sepatutnya. Zalim ada pula peringkat seperti zalim pada diri sendiri dan berbeza ikut impak dari kezaliman tersebut. Mustahil Allah bersifat zalim. Kalau ada ujian berlaku pada seseorang, bukan bermakna Allah zalim pada kita. Cuma kita belum tahu kenapa Allah uji kita begitu. 

Dalam kitab Mustika hadis berkenaan hikmah di sebalik musibah. Antaranya ialah pada orang beriman, ialah kerana Allah hendak mengampunkan dosanya. Musibah juga adalah dalam bentuk perasaan bimbang dan sedih. Bimbang apa yang telah berlaku atau apa yang akan berlaku. Atau berlaku sakit pening. Hatta duri  atau benda tajam yang tercucuk pun, Allah ampunkan dosa kecil dengan syarat  mesti sabar dengan ujian. Tiada balasan bagi orang sabar melainkan pahala yang besar. Contoh kejadian tsunami di Acheh, bila berlaku musibah adalah juga ruang dan peluang untuk orang beriman unruk mendapat pahala sabar. Bila Allah kenakan azab di neraka bukan kerana Allah zalim. Jangan disalahkan melainkan diri sendiri tapi kerana dia yang degil dan memilih melakukan perkara jahat. Firman Allah, setiap kamu berada dalam keadaan sesat, tidak mengetahui apa apa melainkan mereka yang Aku beri petunjuk kepadanya.  Maka minta lah petunjuk dari Ku dan nescaya Aku akan beri petunjuk pada nya. 






Saya menerima personal message dari Izzah Atirah mengenai mee talam yang saya postkan dalam blog sebelum ini di SINI. Lantas saya menanyakan cara penyediaan mee talam oleh keluarga beliau. Resepi mudah ini sangat sedap dan memang cepat disediakan. Kata Izzah inilah resepi mee talam yang disediakan bonda beliau untuk hidangan mereka adik beradik yang ramai. Menggunakan sayur kangkung sawah yang ditanam sendiri dan menggunakan kicap 3 ayam yang hanya terdapat di Terengganu. Teruja untuk mencuba, jadi saya meminta Hubby membeli mee dan sayur kangkung. Oleh kerana tiada kicap 3 ayam, saya menggantikannya dengan kicap manis Jalen sahaja. Saya memang suka mencuba resepi keluarga turun temurun. Jangan lupa layan video penyediaan mee talam di bawah ini...




Jom layan resepi yang mudah dan cepat disediakan ini. Sekali sekala layan masakan simple membolehkan kita menikmati enaknya masakan orang kampung yang humble....




Mee Talam Kampung

Bahan bahan:
1 pek mee kuning
5 ulas bawang putih - ketuk
Sedikit udang kering - tumbuk kasar
Kangkung
Kicap cap 3 ayam - saya guna kicap manis Jalen
Sedikit gula
 

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan udang kering dan kacau seketika hingga naik bau.





 
Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga cili masak, masukkan sedikit air supaya cili tidak hangit. Biarkan sehingga air mendidih seketika. 

Masukkan mee dan kacau rata. Masukkan pula sayur kangkung. Tambah air jika mee belum cukup lembut. Akhir sekali, masukkan kicap dan sedikit gula. Kacau sebati dan sedia untuk dihidangkan.







Nota:
Boleh dimasukkan garam jika udang kering tidak masin. Saya tidak menggunakan garam langsung kerana telah cukup rasa masinnya.



2 comments:

  1. Assalam Kak Azie.. wow!! Sy peminat mee talam kampung.. kalau ada sambal bilis tambah syiokkk!!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya! Lupa pulak nak bawak pinggan...he he hee nak tapau!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.