Iklan

Iklan Nuffnang

30 May 2016

Majlis Perkahwinan Hebat Di Ozana Villa




Seperti mempunyai majlis sendiri, kami tertunggu tunggu ketibaan tarikh 28 Mei 2016. Apa sebenarnya yang istimewa dengan tarikh itu? Haa sebenarnya itu adalah tarikh majlis menyambut menantu sahabat kami Tuan Haji Kamalullail dan isteri Puan Hajjah Rozarita yang saya panggil dengan nama Ita sahaja. Bukan sahaja saya dan suami, malahan sahabat lain dari Ethica juga seperti teruja untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut serta untuk bersua muka dengan sahabat yang lain. Kami telah lama bersahabat sejak zaman bergelar mahasiswa sehingga lah kini. Keakraban memang tidak dapat disangkalkan lagi. Maklum berkawan sejak zaman kolej lebih 30 tahun yang lalu sangat berbeza dengan persahabatan dengan rakan sekerja atau sepejabat. Tidak sama, malahan sangat berbeza. Mungkin sebab kenal dari masa muda belia sehingga umur dah melebihi setengah abad. Jadi cukup masak dengan perangai masing masing. Dari dulu sehingga kini, kami saling menyokong antara satu sama lain. 






Kami bersepakat dengan Dato Salehuddin dan Tuan Hajj Kamaruddin untuk melakukan perjalanan secara konvoi. Berjanji untuk bersarapan di RNR Dengkil namun terpaksa menukar plan kerana ianya telah ditutup untuk kerja pengubahsuaian. Kami singgah di RNR Seremban dan seperti yang dijangka, terlalu sesak dengan orang ramai yang mungkin juga terpaksa menukar plan seperti kami. Hahaha agak agak jer lah sebab nak menenangkan hati sendiri. 

Kami tiba di Ozana Villa tepat pada waktu yang dijanjikan iaitu 11.30 pagi dan kami disediakan meja khas. Bila dah berkumpul, memang lah suasana menjadi riuh rendah dengan tawa dan gurauan antara satu sama lain. Kadang kadang terasa seperti masih di zaman kampus. Antara yang hadir selain konvoi kami adalah Dato Hassan, Dato Mohd Shafie Abdullah, Dato Alias, Dr Anizu, Dr Aziz Sahat, Dato Ibrahim, Finar, Mohd Tahir, Boy dan ramai lagi. Pelbagai lauk pauk dan kuih muih dihidangkan secara buffet. Saya makan kambing bakar dan menjamah sedikit nasi. Kemudian kami dihidangkan pula dengan ais cendol. 





Selepas makan, kami beredar dan masuk ke dalam taman rumah Kamal dan Ita yang memang cantik menghijau walaupun tuan rumah telah lama berada jauh di negeri di Bawah Bayu. Kami menunggu kawan kawan yang lain di situ. Sambil sambil itu, kami berposing sebagai kenang kenangan antara sesama kami. 






Majlis perkahwinan ini walaupun simple tetapi sangat elegan. Susun atur meja makan di dalam taman rumah sangat cantik kerana dikelilingi pokok pokok yang menghijau umpama sebuah resort. Saya sempat menjenguk pelamin yang disediakan. Sangat cantik dengan hiasan bunga bungaan. Citarasa Kamal dan Ita memang tidak dapat disangkal lagi. Semuanya boleh dilihat dari binaan rumah, dekorasi dan hiasan dalaman serta penataan laman banglo yang sangat hebat. 




Akhir sekali terima kasih kepada Kamal dan Ita kerana layanan istimewa yang diberikan kepada kami walaupun dalam kesibukan melayan tetamu yang tidak putus putus datang. Kebanyakan tetamu datang jauh dari Kuala Lumpur. Malahan ada yang datang dari Kuala Terengganu juga. Juga tahniah kerana telah menerima orang baru dalam keluarga. 





No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.