Iklan

Iklan Nuffnang

21 May 2016

Ayam Goreng Garam Kunyit







Saya ingin kongsikan sedikit antara petikan dari kuliah Ustazah Suraya dalsm bab Asma Ul Husna yang ke 32 iaitu Al Halim, Yang Maha penyantun. Apa makna sebenarnya Al Halim. Untuk melihat bagaimana sifat Al Halim boleh dilihat pada sifat Nabi Ibrahim dan Nabi Syuaib disebut dalam surah At Taubah:114 dan Surah Hud:87. Kesabaran Nabi Ibrahim di luar batas normal. Nabi Ibrahim dari kecik tengok bapa baginda membuat berhala. Tak pernah rasa sakit hati pada ayahnya malah sentiasa berdoa walaupun selepas bapanya meninggal. Rahsia Allah nak tengok samada kita ada sifat Al Halim atau tidak. Macam mana cara berakhlak seorang yang bersifat penyantun. Kuat seorang bukan dengan berkelahi tapi seorang yang mampu melawan diri sendiri saat tengah marah. Mereka akan sabar.bDan bila diuji dengan kemarahan, akan mampu melawan diri. Kadang kadang bila kita tak mampu menahan sabar, kita melaknat dalam hati. Itu tandanya kita tak bersyukur. Sebagai contoh, jika suami kita tak baik, tandanya Allah hendak mengangkat darjat kita ke tahap lebih tinggi. Seperti mana Asiah yang diangkat namanya kerana bersuamikan Firaun. Bila stress akan sesuatu perkara, kita serah balik semuanya pada Allah. Ujian paling besar bagi kita adalah tidak kusyuk solat. Kita macam tak merasa bahawa Allah Maha Besar sehingga dalam solat pun masih boleh memikirkan benda benda lain. Semua masalah kita sebenarnya adalah kecik, yang paling besar adalah Allah. 





Masuk sikit bab masakan hari ini sebelum layan resepi. Ayam goreng garam kunyit bersama kacang panjang, karot dan bawang besar dimakan dengan nasi putih dan sambal belacan yang diedarkan selepas kuliah Zohor Israk Mikraj oleh Ustaz Syed Abd Kader Al Joofre terasa sangat sedap di tekak. Tambah lagi diberi sedikit sambal belacan. Itu yang menjadikan saya terus menyediakan lauk ini. Sebenarnya sejak kecil inilah cara kami menggoreng ayam di mana ayam dipotong kecil. Cuma tak ada dimasukkan sayuran lain kecuali bawang besar sahaja. Maklum seekor ayam perlu dimakan beramai ramai, tak boleh bermewah macam sekarang. Bila kawin, barulah ayam dilumur garam kunyit dan digoreng. 

Jom layan resepi yang sangat mudah tetapi sangat sedap dan simple. Tak perlu lauk lain pun. Jika suka berkuah, tuangkan sedikit kicap dalam nasi dan terus makan...







Ayam Goreng Kunyit
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Isi ayam - potong kecil dilumur garam & serbuk kunyit
2 batang kacang panjang - potong 2 inci
1/2 batang karot - potong panjang
1 biji bawang besar kuning - hiris panjang
1 batang cili merah - hiris
2-3 batang cili padi - jika suka
2 ulas bawang putih - ketuk
Gula
Sedikit minyak

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak menggunakan api yang besar. Masukkan bawang putih dan karot terlebih dahulu sebelum dimasukkan kacang panjang, cili merah dan bawang besar. Kacau rata sehingga sayuran lembut.





Masukkan sedikit gula. Sesuaikan rasa. Angkat dan siap untuk dimakan dengan nasi putih panas panas dan sambal belacan. Jika suka, tuang sedikit kicap di atas nasi.


4 comments:

  1. Terima kasih Pn Azie kongsi resepi. Saya dah buat ni semalam guna 3 chicken leg.Husband dan anak2 semua suka, siap suruh buat lagi.

    ReplyDelete
  2. Tak paham, macam mana hilangkan bau-bau ayam?..cuci, potong-potong and langsung lumuri garam + serbuk kunyit. Ok ke?..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.