Iklan

Iklan Nuffnang

15 Apr 2016

Sira Ubi Kayu




Salam Jumaat buat semua. Sungguh pantas masa berlalu, kita telah berada di pertengahan bulan April. Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beramal soleh, saling nasihat menasihati dalam kebenaran dan kesabaran. Kuliah Ustaz Ibrahim Muhammad. 3 sifat orang beriman. Sesungguhnya orang bertaqwa berada dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai sungai. Semasa di dunia, mereka melakukan kebaikan. Mereka adalah:

1. Sedikit sahaja tidur pada waktu malam kerana beribadah. 
2. Beristighfar pada waktu sahur iaitu 1/3 akhir malam. 
3. Pada harta mereka, ada hak dan bahagian untuk orang miskin yang meminta dan yang tidak meminta. 

Saya belajar memasak Sira Ubi ini sambil sambil berwhatsApp dengan group teman teman sepersekolahan  semasa di Sekolah Menengah Bachok. Saya belum pernah lagi memasak sendiri Sira Ubi Kayu. Tapi kerana dah ada ubi rebus di dapur, saya memohon talian hayat dari teman teman untuk membuat sira sebahagian dari nya. Oleh kerana kiranya saya belajar memasak secara online, saya tak tahu yang ianya lebih sedap jika ubi dipotong kecil kecil. Ianya akan menjadi lebih mesra dengan air gula dan senang dimakan. Bila dah siap masak dan mengambil gambar, baru ada yang menulis bahawa ubi perlu dipotong kecil. Jadi haa tengoklah gedebak giteww. Seorang teman yang lain pula mencadangkan supaya dimasukkan sedikit santan untuk memberi rasa lemak. Atau boleh juga letakkan susu cair kot. Bab susu ni, saya sendiri lah yang mengagaknya. Tapi jangan lah pula letak santan berlebihan, kot jadi macam pengat ubi kayu pulak.

Jom layan cara saya menyediakan Sira Ubi Kayu yang mudah. Layaan...




Sira Ubi Kayu

Bahan bahan:
Ubi kayu rebus - potong kecil
Gula Melaka
Gula pasir
Daun pandan
Bunga cengkih
Sedikit garam
Air secukupnya
Sedikit santan - opsyenal

Cara cara;
Masakkan semua bahan di  atas kecuali ubi dan santan. Setelah gula hancur dan mendidih, masukkan ubi dan sedikit santan, jika meletakkannya.






 Kacau rata sehingga pekat dan bolehlah ditutup api. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.



1 comment:

  1. salam jumaat kak azie. kalau di perak, dipanggil penjan. cara membuatnya sama dan tak perlu potong ubi tu kecil2. kami memang biarkan besar2 begitu. nak makan baru dipotong.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.